Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui Mengapa Minyak Wangi Tidak Bertahan Lama, 8 Perkara Ini Boleh Menjadi Puncanya

No Comment

Bila mana sudah segak bergaya, cantik dari atas ke bawah, sudah semestinya akan membuatkan diri bertambah yakin untuk berjalan keluar di khalayak ramai. Lagi-lagi jika dah sembur minyak wangi satu badan, baunya, fuh, semerbak satu rumah, sampai boleh bau wanginya dari luar rumah.

Tapi, bila dah berjalan satu 'mall' rasa lain macam pula, bau minyak wangi dah mula hilang, yang ada, cuma bau peluh sahaja, hairan pula, bukan sudah sembur minyak wangi dengan banyak ke tadi, baru 2,3 jam, takkan sudah hilang baunya. Pelik juga ni.

Ha, ingin tahu mengapa jadi begitu, jom kita baca sikit perkongsian dari saudari Nur Fazrin Zahari, mengenai 8 perkara yang perlu dielakkan semasa memakai minyak wangi. Meh kita usha sikit.


8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Memakai Perfume

✘ Jangan pakai perfume semasa tubuh masih basah

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan dah agak kering (lembap ye, bukan betul2 kering). Kerana pada waktu itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.
✘ Jangan pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

✘ Jangan pakai di tempat yang salah

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

✘ Jangan pakai dari atas ke bawah

Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.


✘ Jangan pakai perfume di baju

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.


✘ Jangan menggosok perfume selepas pakai

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

✘ Jangan pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.


✘ Jangan letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.


Harap dengan panduan ini dapat membantu anda memakai perfume supaya tahan lebih lama. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli