Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 4 Elemen Penting Dalam Menjadikan Penulisan Lebih Berpengaruh Serta Mendapat 'Share' Yang Tinggi

No Comment

Sudah semestinya jika kita ingin menyampaikan sesuatu, mengenai insiden atau produk mahu pun situasi, ianya membuatkan kita teruja untuk menulis, lebih-lebih lagi di media sosial, supaya orang ramai tahu, dan boleh mendapat perkongsian yang banyak.

Namun begitu, ada kalanya, sukar untuk kita mempromosikan sesuatu perkara itu, lebih-lebih lagi jika sudah membuat penulisan yang menerangkan akan apa yang berlaku. Ianya, membuatkan kita keliru, mengapa hanya beberapa sahaja yang membaca, dan mendapat perkongsian yang sedikit sahaja.

Ingin tahu mengapa ianya berlaku sebegitu, admin kongsikan bagaimana untuk memastikan penulisan anda menjadi lebih berpengaruh, dan mungkin menjadi bualan ramai, serta mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat, apa yang perlu dilakukan, hasil penulisan dari saudara, Khairul Hakimin Muhammad.


Sepanjang kita bermain Facebook, kita pasti mahukan impak pada setiap kali kita muat naik status. Sama ada berbentuk like, share atau mahu berkomunikasi dalam bentuk komen-reply. Ada satu lagi bahagian yang cukup menyeronokkan dalam kita bermedia sosial, terutamanya di Facebook.

Ia bukan sahaja menambah nilai baik dalam setiap perkongsian, ia juga membantu ekonomi Negara. Wah. Pasti teruja, bukan?

Baik, setiap kali kita muat naik status tentang lokasi, tempat, makan-makan, atau muat naik gambar tentang satu-satu hal, ada banyak perkara yang kita mahu sampaikan. Ada kalanya terlalu banyak dan meleret-leret hinggakan pembaca jadi bosan. Lalu tinggalkan penulisan kita.

Ada juga yang menulis tanpa meletakkan isi, hanya sekadar ekspresi seperti “seronoknya!” bestnya!”. Juga masih belum dapat impaknya ke hati pembaca.

Baik, hari ini saya kongsikan salah satu rahsia saya bagaimana saya menulis satu-satu perkara itu menjadi ilmu dan akhirnya dikongsi oleh ramai pemain Facebook di dalam dan luar negara.


Kita akan menyusuri kaedah yang saya lakukan ini selama lebih 10 bulan dan berjaya mengumpulkan lebih 90,000 pengikut hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja kawan-kawan, saya cukup berpuas hati kerana berjaya menjadi lubuk untuk membantu rakan-rakan lain menguasai ilmu ini bagi menaikkan ekonomi rumah tangga, ekonomi syarikat, serta membantu menaikkan perniagaan di mana-mana lokasi.

Hasilnya, ia juga membantu menaikkan kuasa beli dan menjana ekonomi negara.

Saya akan gunakan contoh paling mudah, iaitu masakan Asam Pedas Ikan Siakap. Ia boleh dibuat dengan apa pun subjek yang kita mahukan. Seperti ulasan terhadap tokoh, tempat, lokasi pengembaraan, kedai runcit, makcik jual nasi lemak, atau apa sahaja.

Baik, menjadi kebiasaan, apabila kita menulis, kita hanya fokus kepada meluahkan apa yang patut dikongsi. Sebagai contoh, ia sedap, ia enak, ia buat kalian rasa nak menambah-nambah dan sebagainya.

Secara jujur, ada empat (4) elemen penting dalam setiap penulisan kita untuk menjadikan penulisan kita itu berpengaruh, seterusnya mendapat ‘share’ yang tinggi kerana isi dan elemen dalam penulisan tersebut.


1. FAKTA

Sebagai contoh, asam pedas ini saya makan di Restoran Khairul yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Jika kalian biasa ke Bangi Sentral, ia betul-betul sederet dengan Butik Rina Salleh.

Fakta yang kita masukkan ialah: Lokasi - Seksyen 9 dan sebaris dengan butik.

Boleh juga dimasukkan fakta seperti, harganya ialah RM8.00 sepotong ikan siakap. Ikan ini juga dimasak dengan cukup sempurna, rasa masam dan kepedasannya juga lengkap menyebabkan kita rasa asam pedas ini terbaik.

Atau, restoran ini punya kawasan yang luas dan punya banyak meja untuk sekeluarga datang makan. Ada ruang khas untuk mereka yang merokok di bahagian luar.

Apabila memasukkan fakta-fakta begini, maka penulisan kita akan dipenuhi dengan ilmu dan pengetahuan. Ia menambah nilai kepada pembaca dan memberi impak kepada peniaga juga kepada para pelanggan baru.



2. Masukkan Emosi


Kemudian, kalian boleh tambah emosi dalam setiap penulisan sebegini. Sebagai contoh, makanan ini sedap, rasa mahu menambah sepinggan dua lagi.

Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta.

Emosi hanya boleh ditambah dalam 1 hingga 3 ayat sahaja. Ia bersifat pendapat dan perlu sangat minima dalam satu-satu penulisan.

Cuma, kalian perlu beringat. Pastikan masakan tersebut (atau apa pun subjek) memang betul sedap. Barulah menulis dengan betul. Sekiranya sebaliknya, tidak perlu tulis, hanya perlu maklumkan kepada pemilik restoran sahaja.

Ingat, tulis yang baik-baik sahaja.


3. Jaga Bahasa

Maksud menjaga bahasa ini ialah, menjaga ejaan. Langsung tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form, bahasa sms dan sebagainya. Eja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun.

Kesemua ejaan yang betul ini boleh diterjemah melalui 'see translation' yang disertakan di dalam setiap satu posting yang dibuat. Ia akan memudahkan perkongsian di lakukan.

Awalnya, hanya jaga ejaan. Kemudian belajarlah menggunakan tatabahasa dengan betul pula.

Oh ya, jika kalian nak gunakan bahasa inggeris, atau bahasa lain. Tidak jadi masalah. Yang penting, ejaan tetap dijaga dengan baik.


4. Impak Positif

Akhir sekali, pastikan posting yang kita muat naik ini mempunyai impak positif.

Sekiranya posting kita tersebut akan dikongsi kerana kebaikan yang kita tulis, maka klik butang post. Jika tidak, tak perlu muat naik.

Impak positif sangat diperlukan bagi satu-satu penulisan media sosial. Ia bukan sahaja akan dikongsi, malah ia akan jadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai contoh, masakan asam pedas dari Restoran Khairul ini punya elemen positif apabila dimuat naik di Facebook.

Ia akan beri kesan pengikut (follower) akan turut mahu rasa masakan tersebut.
Maka, jualannya bertambah. Jualan ikan siakap di pasar juga bertambah. Dan jualan ikan di jeti serta pelabuhan juga bertambah. Maka, ekonomi kita akan bertambah dengan baik.


Tidak salah untuk hebahkan atau ulas makcik yang menjual nasi lemak dalam bentuk penulisan sebegini, juga sesiapa sahaja yang berniaga.

Ia membantu ekonomi kalian, ekonomi jiran. Serta yang paling bagus ialah ia memberi maklumat tentang perkara kebaikan yang ada di setiap genab sudut dalam dan luar negara.

Tulis kebaikan dan perbanyak perkongsian, Tuhan akan murah-murahkan rezeki kepada saya dan kalian. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli