Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kekalahan JDT Di AFC: "Jangan Cakap Banyak, Kalau Cakap Banyak Saya Hantar 'Mat Cangkul'," - TMJ


Sudah pasti ramai mengetahui wakil Malaysia ke Piala AFC, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah mengalami kekalahan dalam perlawanan semi final kedua menentang pasukan JSW Bengaluru di Sree Kanteerava Stadium,Bangalore India malam semalam.

Namun ia sebenarnya pencapainya yang boleh dibanggakan kerana tiada mana-mana pasukan di Malaysia lagi dapat menyamai rekod berkenaan, namun dek kerana pelbagai kritikan nampaknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah tampil menjawab segala kritikan tersebut.

Baginda mengatakan JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia sekarang ini dengan tiga Piala sudah dicapai buat tahun ini iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.


Apa yang menarik adalah jawapan sinis TMJ mengingatkan pihak lain supaya tidak bercakap banyak terhadap pasukan JDT, jika tidak Tunku akan menghantar 'Mat Cangkul' kepada mereka.

'Mat Cangkul' adalah merujuk kepada ke dua orang lelaki memukul dan mengugut pekerja Syarikat Air Johor (SAJ) kerana memotong bekalan air rumah merekanya di Kulai, Johor yang viral sejak beberapa hari lalu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli