Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kebakaran HSA: Sultan Johor Utus Ucapan Takziah


Johor, 25 Okt - Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah yang mengorbankan enam nyawa pagi tadi.

Ucapan itu diutuskan oleh Baginda menerusi Facebooknya.

"Semoga Allah SWT memberikan anda kekuatan serta kesabaran untuk mengharungi masa yang mencabar serta menyayat hati ini.

"Saya juga berdoa agar mereka yang tercedera supaya cepat pulih.

"Izinkan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan hospital, anggota Bomba dan Penyelamat, polis, serta agensi lain terbabit, yang bertungkus-lumus memadamkan api, menyelamatkan serta memindahkan pesakit. Semoga Allah memberkati anda semua," titah Baginda.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli