Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kasut Seringkali Rosak Walau Dipakai Dengan Baik? Ikuti Tip Dan Cara Penjagaan Untuk Kasut Kulit

No Comment

Setiap dari anda sudah semestinya mempunyai sekurang-kurangnya sepasang kasut kulit, tidak kira lelaki mahu pun wanita, ianya sering kali digunakan untuk majlis-majlis formal, seperti sewaktu bekerja, atau ada juga kasut kulit yang boleh digunakan untuk aktiviti casual, seperti kasut Dr Marten.

Dalam membeli atau memilih kasut, sudah pasti anda membuat pilihan yang sebaik mungkin, maklumlah, untuk memakai kasut ini, bukanlah dalam beberapa minggu sahaja, kalau boleh, biar kasut itu bertahan lama.

Namun begitu, jika hanya pandai memilih kasut yang berkualiti, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga kasut kulit dengan baik, ianya hanya sia-sia sahaja, kerana mungkin jangka hayat kasut itu tidak dapat bertahan lama. Jadi, admin ingin kongsikan, beberapa tip penjagaan kasut kulit yang boleh dipraktikkan. Jom kita tengok perkongsian dari laman Caiya Shoes ini.


Tips Dan Cara Penjagaan Kasut Kulit

Pemakaian kasut kulit mampu mengubah penampilan seseorang. Namun begitu, jika kasut kulit tersebut tidak di jaga akan cepat rosak. Di bawah beberapa tip atau panduan berguna yang boleh diamalkan oleh pengemar kasut kulit agar kasut kulit yang dimiliki sentiasa kekal terjaga.

1. Kasut Kulit tidak boleh di pakai setiap hari, Sekiranya hari ini anda memakainya, Keesokan harinya, ia perlu direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.


2. Kasut kulit memerlukan penjagaan yang lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh dibersihkan dengan berus lembut atau dengan kain yang bersih. Untuk menyimpannya ia perlu diletakkan dengan pengeras kasut untuk mengekalkan bentuknya.

3. Masa terbaik membeli kasut adalah sebelah petang kerana ia ‘mengembang’ lima hinga lapan peratus pada ketika itu.

4. Elakkan kasut kulit terkena sinaran matahari yang keterlaluan kerana ia boleh merosakkan warnanya.

5. Sekiranya kasut kulit basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.

Sudah tahu bagaimana hendak menjaga kasut kulit, mungkin selepas ini anda boleh menggunakan kasut kulit anda dengan lebih lama. Jadi, bolehlah berjimat sedikit dalam membeli kasut sahaja. Jom kita bergaya dengan penjimatan. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli