Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Selamat Dalam Dakapan Mayat Bapa Selepas 12 Jam Tertimbus Dalam Runtuhan

Wu dikeluarkan oleh penyelamat


China, 11 Okt - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui selamat selepas terperangkap selama 12 jam dalam runtuhan bangunan di China yang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 maut.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu ditemui oleh penyelamat dalam keadaan didakap erat oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung.

Menurut laporan, penyelamat percaya bahawa Wu Ningxi terselamat dari runtuhan itu kerana dilindungi oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung dari satu serpihan besar dalam kejadian runtuhan tragis yang berlaku di bandar Wenzhaou.

Keadaan selepas runtuhan.  

Ibu Wu juga dilaporkan mati dalam kejadian itu dan dijumpai dalam kawasan ruang tamu rumah, tidak jauh dari kawasan dua beranak itu ditemui .

Wu ditemui dalam serpihan bangunan enam tingkat itu 12 jam selepas kejadian. Setakat ini, hanya enam orang berjaya dikeluarkan dengan selamat dari serpihan tersebut.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang terlibat dalam insiden itu namun kerja menyelamat masih lagi diteruskan.

"Kanak-kanak itu ditemui masih hidup kerana bapanya guna badan untuk sediakan ruang bagi anak perempuannya." kata seorang penyelamat.

Wu ditemui dalam dakapan mayat bapanya.
Wu diselamatkan selepas 12 jam terperangkap.
Sumber : Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli