Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 12 Tahun Bertunang Dengan Sepupu 11 Tahun, Cetus Kontroversi

No Comment

KAHERAH: Tindakan seorang bapa yang membenarkan majlis pertunangan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun berlangsung mengundang kemarahan dalam kalangan aktivis di Mesir.

Kanak-kanak tersebut, Graham bertunang dengan sepupunya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang serba serbi meriah.

Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan yang mengumumkan pertunangan itu disifatkan sebagai melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah umur 18 tahun.

Namun Naser berkata kepada akhbar Al-Watan bahawa tindakannya itu tidak salah kerana pasangan itu hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan.

Majils itu bagaimanapun dilaporkan kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak oleh Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki yang turut sama menggesa agar peguam negara menyiasat insiden tersebut.

"Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya," katanya.

Tetapi bapa Omar menolak kritikan tersebut dengan berkata dia merupakan lelaki bebas dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya itu apabila mereka sudah dewasa sebelum orang lain mengambil peluang tersebut.

"Mereka hanya akan melangsungkan perkahwinan apabila mencapai usia yang dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli