Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Berbuih Selepas Perap Dalam Peti Sejuk, Itu Minyak Kitar Semula


KOTA BHARU, 30 Okt – Penjualan minyak masak kitar semula masih lagi berleluasan di negara ini. Tapi bagaimana cara untuk mengenalpasti minyak yang dibeli itu minyak yang sudah dikitar semula?

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang dikitar semula dengan cara pemerapan minyak masak yang dibeli itu dalam peti sejuk selama dua jam.

Sekiranya berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan.

Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai cara lagi boleh digunakan untuk mengenalpasti ketulenan minyak masak; antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur. Sekiranya bawang putih itu menjadi merah, ia menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Beliau juga berharap agar pihak berkuasa membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu dari pihak tidak bertanggungjawab.

Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli