Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenyataan Rasmi Isu Anak Mangsa Kemalangan Duke dari Mufti Wilayah


Semalam tersiar di media kisah luahan seorang wanita yang merupakan waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan di atas lebuhraya DUKE tahun lalu.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, dalam satu kenyataan mendakwa anak sedaranya yang dijaganya kini hanya menerima RM12,000 hasil sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000 di mana dakwanya wang berkenaan telah disalurkan ke akaun dua adiknya yang lain.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.


"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Selain itu beliau mendakwa mereka memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan telah tampil memberikan pencerahan mengenai kenyataan yang dimanipulasi berkenaan.

Berikut adalah kenyataan penuh pihak Mufti.

KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. 

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. [Rujuk https://goo.gl/QOUO3O]. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib. Wallahua'lam.

Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Berikutan dakwaan itu, Faizz Nur dalam satu kenyataan Facebooknya itu telah tampil memberikan kenyataan di mana menurut beliau ia adalah satu kenyataan fitnah dan akan membawa perkara ini ke mahkamah.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan juga rakyat malaysia. Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

Walaubagaimanapun,saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihati oleh peguam untuk menghormati prosiding prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
Justeru itu saya mohon untuk rakyat malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan.

Kes fitnah ini akan dibawa ke mahkamah kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Media sosial bukanlah medium terbaik untk merungkai permasalahan ini dan kita serahkan badan kehakiman yang dihormati untuk menilai kes ini secara tulus.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli