Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Kena Denda Kerana Rehat Lama Di RnR, Ini Jawapan Daripada Pihak PLUS


Sejak beberap hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook seorang pengguna lebuhraya menggunakan nama Damar Wulan memuatnaik sekeping gambar di mana beliau mendakwa telah didenda oleh pihak Lebuhraya PLUS gara-gara berehat lama di Hentian Rehat dan Rawaat(RnR).

Menurut Damar, di dalam perjalanan daripada Gurun ke Pendang di mana ketika dalam perjalanan dia singgah berehat di RnR Gurun melebihi 1 jam 50 minit.

Namun, selepas meneruskan perjalanan sampai di plaza tol Pendang, dia telah dicas RM9.40 sedangkan harga tol hanya RM3.

Beliau dilihat menempelak sikap PLUS berkenaan yang tidak menyata atau memberitahu awal melalui sebarang papan tanda di RnR milik mereka.

Pihak PLUS dalam satu kenyataan media menyatakan tindakan ini terpaksa diambil kerana bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

"Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan," jelas pihak PLUS melalui laman webnya.


Menurut PLUS, pihak mereka mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya.

Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti  antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit. 

"Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun. 

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan. 

"Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya.

Kata mereka lagi, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

"Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan. 

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya. - Siakapkeli.my

Kenyataan Penuh PLUS
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pesalah sebenar tak tertangkap jugak..orang yang tak berkenaan pulak yang kena tanggung

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli