Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Mendapatkan Pemastautin Tetap Di AS, Ketahui 4 Kategori Yang Melayakkan Anda Untuk Memohon

No Comment

Mungkin ada di antara kita, yang mempunyai kelulusan luar negara, atau pernah berada di luar negara dalam satu tempoh yang panjang. Dan sewaktu berada di sana, pernah juga melakukan kerja sambilan, bagi menampung sedikit sebanyak perbelanjaan di negara tersebut.

Tetapi, setelah lama menetap di luar negara, terdetik pula di fikiran untuk mulakan kehidupan baru di negara asing, dan berharap mendapat pemastautin di negara tersebut. Namun, ianya bukanlah semudah itu dalam mendapatkan status pemastautin tetap di sesebuah negara, ada beberapa proses yang harus dilalui terlebih dahulu.

Admin ingin kongsikan, bagaimana perjalanan proses permohonan untuk menjadi 'permanent resident' di Amerika Syarikat, hasil perkongsian dari saudari Hadhinah Felice yang telah memiliki 'green card' dan menetap di AS, jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.


POS PANJANG.

Ramai yang tanya saya macamana nak "migrate" dan jadi pemastautin/PR (permanent resident) USA atau dapatkan Green Card. Buat yang bertanya atau sedang merancang, boleh baca pos ini.

Sebelum proses permohonan, ada 4 kategori yang melayakkan anda memohon/memperoleh status PR/Green Card iaitu:

1. Melalui Perkahwinan

Melalui perkahwinan dengan pasangan yang merupakan rakyat USA (cara paling mudah antara semua cara); ATAU melalui ahli keluarga iaitu pasangan dan/atau anak-anak yang berusia 21 tahun ke atas yang sudah atau belum berkahwin yang SUDAH mendapat status kerakyatan USA; ATAU melalui ahli keluarga yang sudah memiliki Green Card; ATAU individu yang didera oleh pasangannya/penjaganya yang merupakan rakyat atau pemegang Green Card USA; ATAU individu di bawah kategori K-nonimmigrant (anak-anak kepada PR yang masih berada di negara kelahiran mereka); ATAU anak-anak diplomat ke USA yang lahir di USA (tak semua kes diterima).

2. Tawaran Pekerjaan
Melalui tawaran pekerjaan di syarikat sah yang berpengkalan di USA; ATAU melalui pelaburan di syarikat sah di USA yang sedang mencari pekerja; ATAU individu istimewa yang berbakat besar taraf antarabangsa seperti atlet, ahli saintis, pemenang hadiah Nobel etc, ahli perniagaan; ATAU melalui tawaran pekerjaan khas seperti pengalih bahasa Afghan/Iraq, pemberita, pekerja pertubuhan antarabangsa (PBB, etc), penjawat awam kerajaan Iraq yang membantu kerajaan USA, ahli NATO, pekerja Terusan Panama, pendakwah agama, doktor-doktor bidang tertentu.

3. Status Pelarian

Melalui status pelarian dan/atau pencari suaka (refugee and/or asylum seeker). Mereka ini boleh mohon Green Card selepas SETAHUN tinggal di USA dengan status pelarian/pencari suaka. Alvin Tan itu contoh kes suaka/asylum.

4. Green Card Lottery

Green Card Lottery (bukan judi) yang mana 50,000 visa disediakan setiap tahun untuk rakyat negara luar yang dipilih secara rawak. Mereka yang terpilih mestilah datang dari negara yang dibenarkan untuk masuk yang juga rendah kadar penghijrahannya ke USA. Selepas berjaya memenangi Green Card Lottery ini, ada banyak lagi proses untuk dapatkan taraf pemastautin tetap USA.

Jadi kalau anda rasa anda jatuh/layak dalam/untuk mana-mana kategori dan/atau sub-kategori di atas, anda bolehlah mohon untuk jadi pemastautin tetap USA (Green Card) ikut kategori masing-masing.

Kalau berjaya, selepas 5 tahun pegang status PR, boleh mohon untuk menjadi rakyat USA pula. Pemegang Green Card TIDAK SAMA statusnya dengan rakyat/citizen USA hanya kerana hak untuk mengundi.

Malaysia juga tidak benarkan anda punyai 2 kerakyatan (dual citizenship). Kalau tertangkap, kerakyatan Malaysia anda akan dilucutkan.


Saya ialah pemegang Green Card melalui perkahwinan dengan rakyat USA. Walau ia cara paling mudah, prosesnya bukan semudah yang disangka. Prosesnya juga jauh beza dengan proses mohon visa pelancong (B1/B2).

Sebelum saya boleh masuk untuk tinggal di USA, suami/bakal suami terlebih dahulu perlu failkan dan mohon visa K-1 yang dipanggil visa tunangan (fiancé visa) bagi pihak isteri/bakal isteri. Proses ini ada banyak peringkat, makan masa yang lama (kes kami makan masa 7 bulan), juga makan banyak duit. Kami melantik peguam yang arif akan hal ini yang menetap di USA.

Peguam hal imigran ini tidak mahal, satu kes dari mula hingga dapat Green Card cuma $300/+-. Kalau anda pilih untuk tak lantik peguam, proses untuk anda dapatkan visa akan jadi lebih lama (makan masa lebih 1 atau 2 tahun atau lebih dari itu).

Segala hal perlu dibuktikan termasuk hubungan yang "real" antara pasangan dan bukan semata-mata untuk bawa seseorang masuk dan tinggal USA yang dipanggil "fraud". Jadi segala gambar-gambar bersama, mesej telefon dan email, sesi Skype, boarding pass, cop pasport dan lain-lain yang berkaitan hendaklah ditunjukkan pada pegawai kedutaan USA ke Malaysia.

Mereka juga akan tanya segala jenis soalan yang tak selesa untuk dijawab tapi perlu jawab kalau mahu diluluskan visa dan terus bersama pasangan anda. Bila visa dah lulus, mesti segera terbang ke USA dan seterusnya tandatangan borang perkahwinan sivil di sana dalam 90 hari dari tarikh ketibaan hingga tamat tempoh visa tunangan itu. Kalau lambat, maka kena mula semula dari awal!

Banyak juga pasangan yang saya temui di Malaysia hampir atau telah putus asa kerana tekanan untuk lalui segala proses permohonan visa K-1 ini. Ia sukar buat kami dan sangat menguji kekuatan hubungan. Kebanyakan pasangan juga terpaksa berjauhan untuk tempoh yang lama. Jadi untuk bertemu dengan pasangan yang berjaya dan juga yang menetap di USA melalui visa K-1 ini merupakan sesuatu yang istimewa di antara kami!

Gambar: Kad PR saya yang warnanya hijau. Sebab itu namanya Green Card. Bila dah dapat kad ini dalam tangan, nak keluar masuk USA tak perlu visa lagi, cuma tunjuk kad. 

Bagi sesiapa yang merancang atau ingin mendapatkan pemastautin tetap, ianya bukanlah semudah yang disangkakan, banyak proses dan syarat yang perlu dipatuhi. Namun jika anda berada dalam mana-mana kategori atau sub-kategori, dan ingin menruskan niat untuk berhijrah, ianya terpulang pada diri anda. Bagaimana pun, Malaysia tetap di hati, jangan pernah lupa.   - Siakap Keli

Green Card
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli