Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Memulakan Perniagaan? Ketahui Siapa Yang Layak Menjadi Rakan Perniagaan Anda

No Comment

Biasanya kalau kita hendak memulakan sesuatu perniagaan, sudah semestinya memerlukan modal yang sangat banyak, dan ianya kadang kala agak sukar jika perlu menggunakan wang sendiri dengan nilai yang besar. Disebabkan inilah, teman atau keluarga menjadi penyumbang besar dalam membantu dari segi kewangan.

Namun begitu, ada kalanya sesuatu yang kita telah rancang, tidak berjalan dengan lancar. Mungkin wang yang akan digunakan untuk memulakan perniagaan, perlu digunakan untuk sesuatu yang lebih penting terlebih dahulu. Sewaktu inilah, rakan perniagaan mungkin memainkan peranan mereka, sama ada mereka turut sama tarik diri, atau menghulurkan bantuan kepada kita.

Jadi, dalam memilih 'business partner' perlu diberi penilitian yang lebih, ini untuk mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku kelak. Admin ingin kongsikan, penulisan saudara Shamsul Qamar, tentang siapa yang layak menjadi rakan perniagaan kita. Jom kita baca.


Siapa yang paling layak jadi business partner kita?

Istilah paling popular bila ada bisnes adalah "bisnes partner". Istilah ini kadang-kala diguna secara pukul rata tanpa memahami status seorang bisnes partner dari sudut undang-undang.

Bagi entiti Sdn Bhd, bisnes partner biasanya adalah pemegang syer dalam syarikat. Pemegang syer akan mempunyai pegangan saham tertentu berdasarkan persetujuan pemegang-pemegang saham.

Bisnes partner mestilah dinilai dari aspek:

1. Keupayaannya menyuntik modal; dan

2. Skil atau kemahirannya dalam bisnes tersebut

Selain dari aspek di atas, perlulah berhati-hati memilih bisnes partner dan meletakkan jumlah pegangan syer tersebut.

Bila letak pegangan syer hampir sama banyak atau 50-50 sebenarnya lebih memberi risiko kepada perniagaan anda kerana kebarangkalian berlakunya "deadlock situation" adalah besar.

Ramai yang ambik ringan isu ini. Bila bisnes dah mula berkembang, masing-masing tuntut hak masing2 dan timbullah isu seperti "aku suntik lebih banyak modal" dan "aku yang buat kerja lebih".

Bila dah tak sebulu, bisnes tak boleh beroperasi. Maka terpaksalah buyout salah seorang pemegang saham ataupun bubarkan syarikat.

Yang merana siapa? Mereka dan keluarga mereka. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli