Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Ke Korea Selatan, Selepas Menonton 'Train To Busan'? Tip Ini Akan Membantu Anda Dalam Pengembaraan Ke Busan

No Comment

Bila mana ingin memulakan perjalanan, sudah semestinya rasa sangat bersemangat, lebih-lebih lagi jika mengembara ke negara orang. Inilah masanya untuk menikmati keindahan negara luar dan juga merasai sendiri bagaimana cara hidup budaya lain.

Bagi negara yang boleh dikatakan turut mempunyai budaya ketimuran, Korea Selatan dilihat mampu memberikan sebuah perjalanan yang mempersonakan, dengan cara hidup dan pergaulan sesama mereka dan juga sesama pelancong.

Namun begitu, jika ingin ke Korea Selatan, perlulah mempunyai ilmu yang lebih, supaya kelak tidak mengalami sebarang masalah. Jadi, di sini, admin ingin kongsikan, tip persediaan bagi mereka yang ingin ke Busan untuk percutian masa hadapan, jom kita tengok perkongsian dari saudara Muhammad Syukhri Safee ini.

Tips bagi mereka yang nak ke Busan, Korea Selatan.


1) Kalau anda semua dah sampai ke Seoul, alang-alang tu pergilah terus ke Busan. Ada beberapa cara untuk ke Busan dari Seoul, antaranya naik bus. Tapi saya lebih suka naik KTX (keretapi laju) sebab nak ambil feeling "Train to Busan" hahahaa. Naik keretaapi yang paling murah, namanya "Mugungwha". Harganya kalau tak silap dalam 26,800 Won.


2) Kalau nak kemana-mana, saya sarankan naik Busan Metro (Subway), murah dan senang. Boleh dapatkan Busan Metro map kat internet tapi saya ambil kat metro station kat sana sebab sana nak guna map hardcopy, nak jimat bateri phone lah katakan, hahaha. Lagi mudah kalau anda ada kad T-Money, boleh juga digunakan di Busan. Rate harga kalau sekali naik subway ialah 1,300 Won dan kalau ada transfer station, tambahan charge sebanyak 100 won.


3) Sebelum ke Busan, saya sarankan anda semua booking secara online tempat penginapan sebab takut full terutamanya hari minggu. Tempat penginapan yang ideal bagi backpackers untuk saya ialah "Guesthouse 710 in Haeundae". Harga yang saya dapat waktu tu ialah 15,000 Won untuk tiga hari dua malam, check in pukul 2 petang. check out 12 tengahari. Bilik air dan tandas kongsi tapi bersih dan selesa. Murah kan? Nak ke sini hanya perlu turun kat Haeundae Stations (Line 2). yang bestnya.....dekat dengan pantai. Peghhhh. Package lengkap lah senang cerita. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh whatsapp kat tukang jaga di sini: +821072006299.



4) Kat stesen yang sama juga (Haeundae), boleh terus ke pantai. Kalau nak tahu Pantai Haeundae ini merupakan pantai yang paling famous kat Korea Selatan dan sangat ramai pengunjung ketika musim panas. Pemandangan kat sini cantik, tak kiralah waktu pagi ataupun malam. Siap boleh main sumo dengan penduduk tempata yang kebetulan waktu tu berlatih sumo. Pelik juga, rupanya ada jugak orang Korea kat Busan ni main sumo kat pantai. Kita pun joinlah nak dapatkan pengalaman, (tapi kalah je setiap pusingan, hahaha)


5) Jangan lupa ke Jagalchi Fish Market. Pasar ini merupakan salah satu pasar ikan yang terbesar kat Asia. Semua makanan seafood berkumpul kat sini dan saiznya besar-besar wei, takut pulak menengok harganya, huhuhu. Kalau nak makan sotong hidup yang dipotong, boleh lah ke sini. Semua jenis Kimchi pun ada jual kat sini. Nak ke sini senang je, turun kat Jagalchi station subway (Line 1, Exit 10), kemudian jalan terus 40 meter, kemudain belok kanan di NH Bank, kemudian jalan terus 70 meter dan belok kiri kat Sindonga market. Lepas tu dah boleh nampak Jagalchi market.


6) Tak jauh dari situ ada Gukje market. Gukje market dikenali sebagai Pasar Rakyat Korea Selatan sebab pasar ini merupakan antara pasar yang terbesar kat Korea Selatan dan yang bestnya ada banyak jual cenderamata kat sini. Saiznya 3 kali ganda lebih besar daripada petaling street dan banyak lorong. Sama seperti Zhonglou di Xi'an. Nak ke sini, turun kat Jagalchi station subway (Line 1, exit 7), kemudian jalan kaki terus menuju ke Daecheong-dong dalam 5 minit, dah sampai dah.

7) Yongdusan Park (Busan Tower). Menara Yongdusan Park menjadi salah satu tempat daya tarikan pelancongan di Busan. Sangat unik bangunan dan reka bentuk kat sini. Nak ke sini kena turun kat Nampo subway station (Line 1, exit 1), kemudian jalan kaki 200 meter menuju ke Gwangbok-dong Fashion St. dan guna escalator untuk ke Yongdusan Park.


8) Taejongdae, kawasan yang cantik dengan pemandangan laut dari kawasan bukit terutamanya sewaktu matahari terbenam. Nak ke sini kena turun kat Busan Station (Line 1, dan transfer naik bus nombor 66, 88 atau 101.


9) Gamcheon Culture Village. Tak sah kalau datang ke Busan kalau tak ke sini. Gelaran yang diberi bagi kampung ini ialah "Korean Marchu Pichu" sebab sebiji macam Marchu Pichu yang ada kat Peru. Tak rugi datang ke sini. Nak ke sini senang je, turun kat stesen Subway Goejeong Station (Line 1, exit 6), kemudian naik bus tertulis Sakha 1-1 atau 1-1 dan turun kat Gamcheon Elementary School Bus Stop.

10) UN Memorial Cemetery. Kawasan bersejarah kerana disinilah kubur bagi tentera United Nations yang terdiri daripada 11 negara yang terkorban semasa berlangsungnya Perang Korea (1950-1953). Seperti yang kita tahu, semasa Seoul dan bandar-bandar lain ditawan oleh tentera Korea Utara, Busan menjadi kubu terakhir bagi tentera Korea Selatan dan United Nations sebelum mereka dapat mengumpul semula tentera dan membalas serangan Korea Utara selepas itu. Nak ke sini hanya perlu turun kat stesen subway Daeyeon (Line 2, exit 3 atau 5), kemudian jalan kaki selama 10 minit menuju ke Busan Muzium, dan terus sampai ke UN Memorial Cemetery.

11) Untuk pengetahuan semua, dari Busan, anda boleh terus ke Jepun terutamanya wilayah Osaka. Ramai orang naik Feri dan perjalanan mengambil masa 25 jam. Tapi, kalau ribut, ombak besar, mereka akan tutup perkhidmatan sehingga semuanya kembali normal.

12) Korea Selatan bukan negara dalam lingkaran gunung berapi atau gempa bumi tapi sewaktu saya datang 3 minggu yang lepas, kami dapat merasakan gempa bumi tapi nasib baik tak jadi apa-apa. Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita ribut melanda Busan terutamanya kawasan Pantai Haeundae.


Nasihat saya, selalunya berhati-hati dan update dengan cuaca semasa ketika berada di Busan atau sebelum menuju ke Busan.

Ada banyak lagi tempat yang menarik kat Busan tapi saya dah tak ingat sebab tiga minggu lepas punya ceritalah katakan, hahahaha. Lagipun, saya masih dalam mood "travel". Rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang lebih pakar nanti ye.

Nak cari makanan halal, kat Haeundae ada restoran Turkey. Tapi, agak mahallah. Saya makan seafood, roti, dan makanan tempatan yang tak ada bahan daging dan kuih-kuih tempatan, senang kan. Tak payah nak pening-pening. Kita amalkan fiqh musafir.

Sepanjang saya kat sini saya jalan-jalan dengan backpackers dari Jepun yang kebetulan duduk sama guesthouse dengan saya kat Busan, ramai orang Jepun kat Busan ni sebab dekat dengan Jepun kan. Memang bestlah lepak dengan mamat jepun ni. Hahaaa tapi pada masa yang sama saya duduk satu bilik guesthouse dengan warganegara Israel, memang dingin je rasa bilik tu, kadang-kadang je kami boraklah sekejap tapi ada banyak jugaklah benda yang kami tak bersependapat.

Cuma bab makanan je kami bersependapat sebab orang Yahudi hanya boleh makan "Kosher food" sahaja dan mereka tak makan khinzir macam orang Muslim jugak. Kalau mereka tak dapat jumpa Kosher food, mereka akan cari makanan Halal, kalau kita sebagai Muslim tak jumpa halal food, kita boleh jugak makan Kosher Food sebab ia dikategorikan sebagai sembelihan ahli kitab oleh kebanyakan sarjana Islam.


First time dapat rakan sebilik dengan warganegara Israel, terkejut jugaklah, dah lah sebelah katil je, dia pun terkejut bila saya bagitahu yang saya Muslim. huhuhuhu. Bagi rakyat Malaysia yang selalu travel ke negara-negara western atau USA, mesti dah biasa dengar tentang Kosher Food. Tapi kalau kat Asia, susah nak cari makanan ni, sebab tu mereka cari Halal Food bila datang ke Korea.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga dapat memberi sedikit sebanyak info kepada anda semua. Nantikan update dari saya sebab sekarang dalam mood jelajah kawasan Asia Timur. Doakan agar perjalanan saya berjalan lancar. Amin. - Siakap Keli
















Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli