Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ikuti 5 Tip Ini, Dan Anda Mampu Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Kereta

No Comment

Kereta sememangnya kenderaan yang telah dimiliki ramai pada hari ini, sekurang-kurangnya satu keluarga, mempunyai sebuah kereta, tidak kiralah ibu atau bapa, mahu pun anak. Ianya merupakan pengangkutan yang menjadi pilihan, selain menggunakan pengangkutan awam.

Tidak dinafikan, ada segelintir dari kita yang menggunakan pengangkutan awam atau motor untuk ke tempat kerja, walaupun mempunyai kereta, namun begitu, faktor penjagaan kereta, harus diambil berat, tidak kira berapa kerap anda menggunakan kereta. Dalam memastikan kereta yang ada, tidak mengalami kerosakan serius kelak.

Admin ingin kongsikan, bagaimana anda boleh mengurangkan kos penjagaan kereta, dengan melakukan 5 tip ini. Jom kita tengok, apa yang perlu dilakukan dalam menjaga duit poket anda, melalui perkongsian dari iMoney ini.


Tip 1: Berfikiran Jauh Ke Hadapan

Bila ingin membeli sebuah kerea baru, sudah semestinya kita akan menjadi rambang mata, jadi sebelum mebuat keputusan, pastikan anda membaca spesifikasi sesebuah kereta terlebih dahulu, anda boleh lihat bahagian luar dan dalam kereta. Jangan dilupa juga, untuk melihat bahagian enjin juga.

Disebabkan enjin merupakan 'jantung' kereta, jadi penjagaan enjin kereta semestinya harus dijaga dengan baik, kalau bahagian luar sahaja yang tampak bergaya, tapi enjin tidak dijaga dengan rapi, bersedialah unuk mengeluarkan belanja yang banyak jika kereta rosak kelak.

Apa yang anda perlu lihat adalah, cc enjin kereta, ini kerana anda mampu untuk menjimatkan ratusan ringgit setahun (dan mungkin ribuan ringgit) untuk kos minyak dalam jangka masa yang panjang.

Ini kerana, kereta dengan cc yang lebih kecil kurang penggunaan minyak (berbanding cc yang lebih besar).


Tip 2: Fahami Jadual Selenggara Kereta

Sama seperti Tip yang pertama, pastikan anda membuat yang ini dahulu, sebelum membeli kereta.

Kereta selalunya perlu dibuat penyelengaraan atau servis, setiap 10,000 KM penggunaan, tetapi jika anda ada pilihan yang lebih baik, sudah sememangnya anda akan dapat menjimatkan wang, dan juga masa anda.

Tidak dapat dinafikan, ada kemungkinan anda akan mengeluarkan jumlah yang banyak masa menyelenggara kereta kelak, tapi tiada siapa yang sanggup untuk menunggu kereta siap, dengan membelek-belek majalah kereta yang edisinya 3 bulan lepas.


Tip 3: Pastikan Sentiasa Menggunakan Yang Original

Ini yang penting juga, sebelum anda membeli kereta, pastikan anda ambil tahu kos yang akan anda keluarkan nanti, sama ada untuk penyelengaan atau alat ganti kereta. Lebih-lebih lagi bila tiba akhir tahun.

Pada masa inilah, banyak pengeluar kereta yang akan menawarkan diskaun yang sangat-sangat "mampu milik" untuk anda membeli kereta mereka. Anda mungkin mampu untuk membayar ansuran bulanan, tetapi bila tiba bab servis, atau alat ganti, mungkin ianya perlu order dari negara luar pula, dan kosnya, pasti akan tinggi.

Walau apa pun, pastikan anda menggunakan alat ganti yang original, setiap kereta berbeza penggunaan mesinnya, dan alat ganti yang terbaik sudah semestinya yang original. Tapi, kalau anda mahu juga kereta baru, pastikan anda mampu untuk menanggung segala kos, dan mudah untuk mencari alat ganti nanti.


Tip 4: Jangan 'Skip' Servis Berkala

Untuk memastikan anda tidak mengeluarkan kos yang banyak, pastikan ikut jadual servis yang telah ditetapkan, kalau boleh jangan terlewat. Mungkin anda boleh jimatkan duit sikit bila skip salah satu masa servis, tapi, untuk jangka masa panjang nanti, anda mungkin akan mengalami kesusahan.

Disebabkan anda ingin memiliki kereta, anda mesti, wajib ambil tahu tentang jadual servis kereta secara terperinci. Kalau nak diikutkan, kos purata untuk servis sesebuah kereta asas, adalah dalam sekitar RM250 ke RM300 (setiap kali servis), tapi bergantung juga pada jenis kereta yang anda gunakan.

Jangan terkejut, kerana mungkin ada juga pengeluar kereta yang batalkan waranti kereta, kerana anda skip servis kereta pada masanya. Jadi, perkara begini, harus diambil perhatian.


Tip 5: Sentiasa Periksa Tayar Kereta

Seperti yang kita tahu, harga sebiji tayar kereta, bukanlah murah, lebih-lebih lagi tayar ada saiz yang berbeza, jika anda menggunkan kereta yang mempunyai saiz tayar yang lebih besar, jadi harus bersedialah untuk tanggung kos tukar tayar yang lebih berbanding yang biasa.

Bagi penjagaan tayar, selalunya elakkan untuk melanggar lubang-lubang yang ada, dan jika melalui jalan yang ada bonggol, perlahankan kereta, supaya tidaklah kereta anda menerima hentakan yang terlalu kuat.

Pastikan juga, anda mengisi angin tayar, mengikut apa yang telah disarankan dalam buku manual, dan periksa keadaan tayar anda, paling kurang pun seminggu sekali.

Jika tayar kurang angin, tayar akan mengalami kerosakan dengan lebih cepat, dan untuk tekanan tayar pula, jika kurang dari 20% ia akan kurangkan jangka hayat tayar sejauh 10,000KM.

Jika anda seorang yang sukakan kereta, tetapi agak kurang berminat dengan kos yang akan dikeluarkan setiap kali membuat servis kereta, anda boleh gunakan tip ini. Penjimatan terhadap kos penyelengaraan bergantung pada anda, jika anda 'melayan' kereta anda dengan baik, sudah semestinya kurang kerosakan pada kereta anda, dan ya, ia akan memberi kesan pada dompet anda, kerana anda sudah mampu untuk berjimat. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli