Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Huawei vs iPhone vs Samsung, Manakah Yang Terbaik? : 6 Penggemar Telefon Pintar Berdebat Untuk Pertahankan Jenama Mereka


Huawei, Apple dan Samsung adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia gadjet telefon pintar.

Ketiga-tiga syarikat ini merupakan tiga syarikat pengeluar telefon pintar terbesar dunia dan sudah tentu masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri untuk ditonjolkan kepada pengguna.

Tetapi jenama telefon pintar manakah yang terbaik dalam kalangan mereka?

Menerusi data yang diperoleh FG Media melalui survey atas talian dan survey jalanan, 52% dari peserta memilih foto yang diambil dari Huawei P9 sebagai foto terbaik manakala 40% dan 8% lagi masing-masing memilih iPhone dan Samsung S6.

Berdasarkan data survey itu juga, FG Media telah menjemput 6 orang peminat telefon pintar untuk berdebat, yang mana setiap dari mereka mewakili jenama kegemaran mereka dari tiga syarikat besar itu dan mempertahankan jenama kegemaran mereka secara bermati-matian.

Keenam-enam mereka adalah:

Pasukan Huawei
 - Daniel Lau & Ruwan Jayatilake
Pasukan penggemar Huawei
Pasukan Apple
 - Liz Yahaya (Aliza) & Roshan Menon
Pasukan penggemar Apple
Pasukan Samsung
 - Chen Tian Chad & Francis Yip

Dalam debat yang diadili oleh pelawak terkenal Jason Leong itu, tiga perkara penting dibincangkan iaitu :

1 - Jenama mana yang paling bagus dalam pengambilan gambar?
2 - Jenama mana yang paling mengutamakan keselamatan?
3 - Jenama mana yang memberi pengalaman penggunaan terbaik untuk penggunanya?

Dalam point pertama (kamera terbaik), antara yang menjadi topik utama perdebatan itu adalah harga, yang mana Huawei P9 dilihat lebih murah berbanding dengan Apple dan Samsung tetapi turut menawarkan kamera yang berkualiti. Untuk kamera terbaik dengan harga yang lebih murah, Huawei P9 dilihat menggungguli di hadapan.

Untuk point kedua (keselamatan terbaik) pula, pasukan Samsung mempersoalkan sama ada perlu kemaskini yang kerap kepada pengguna memandangkan Huawei selalu mengemaskini telefon pintar mereka dengan kemaskini-kemaskini terkini. Namun, sudah pasti masing-masing akan mempertahankan jenama mereka.

Untuk point ketiga (pengalaman penggunaan) pula, pasukan Huawei dan Samsung dilihat ‘bergabung’ untuk memberi tekanan kepada pasukan Apple. Antara topik yang dibincangkan adalah kapasiti storan dan juga wireless charging.

Tapi adakah anda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh mereka? Ikuti debat antara mereka menerusi rakaman video youtube di bawah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli