Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hari ini 1 Muharam 1438H Saya Buat Keputusan untuk Tidak Lagi Bersama Umno,", Ezam Umum Keluar UMNO



SHAH ALAM, 2 Okt - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan keluar daripada Umno.

Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi satu posting di Facebook miliknya hari ini.

"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno," katanya.

Menurut beliau, dia menyertai UMNO pada Mei 2008 atas prinsip melakukan perubahan besar dalam usaha memenangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Di dalam kenyataan itu, beliau juga memberi tumpuan kepada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Perubahan itu benar berlaku sejurus selepas kemasukan saya ke dalam parti Umno dan SPRM yang lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

"Ya saya pernah dipenjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah," katanya.

Ujarnya lagi, dalam tempoh menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, sementara OSA tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan.

Ezam berkata, bagaimanapun beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha 'mempengaruhi' pentadbiran agar melakukan perubahan khususnya ke atas OSA.

Namun, dakwanya, OSA sebaliknya digunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Ezam membuat teguran bagi mendesak tindakan itu diperbetulkan, tapi tidak diendahkan.

"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya. Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.

Sumber : Sinar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli