Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Hang Cangkul' Sudah Ditahan Pihak Polis


Johor Bahru: Berikutan video viral yang menunjukkan dua orang lelaki cuba mencederakan pekerja kontraktor dilantik SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ), pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, mereka telah berjaya menahan kedua-dua suspek semalam di lokasi dan pada waktu berasingan.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut," katanya.

Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki telah bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.




Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul.

Akibat kejadian itu mangsa dan rakannya mengalami kecederaan 'soft tissue'. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli