Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hampir 500,000 Mohon Sertai Asgardia, 'Negara Masa Hadapan' di Angkasa

No Comment

Arab Saudi: Seramai 563 warga negara Arab Saudi telah memohon untuk menyertai 'negara masa hadapan' di angkasa lepas yang dikenali sebagai Asgardia.

Pengasasnya, Igor Ashurbeyli berkata Asgardia negara masa hadapan di angkasa yang bakal dihuni oleh 'pemiki bebas yang mewakili nilai-nilai kemanusiaan dan menyokong perkembangan intelek serta etika seluruh insan'.

Igor merupakan seorang ahli perniagaan dan juga saintis.

Setakat ini, Asgardia berjaya mengumpul populasi penduduk seramai 491,198 orang dan dengan itu, ia adalah negara ke 167 paling padat penduduk dengan angka yang dijangka akan terus meningkat setiap hari.

Selain itu, 'negara masa hadapan' itu juga dilihat mempunyai komuniti serta undang-undang mereka sendiri.

Arab Saudi berada pada kedudukan ke-68 dari segi jumlah pemohon ke Asgardia.

Kebanyakan pemohon adalah dari China dengan 126,008 orang, diikuti AS (52,258), Turki (40,253), Brazil (22,640), United Kingdom (19,660), Itali (18,997), India (10,730), Russia (10,155) dan Mexico (9,641).




Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli