Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Azab Kepala Bocor, Kanak-Kanak Terjatuh Dan Kepala Terkena Akuarium


Kuala Lumpur :  Seorang kanak-kanak meraung menahan kesakitan yang sangat apabila dia telah terjatuh menyebakan kepalanya telah terkena kaca akuarium di kediaman keluarga di Taman Sri Rampai, di sini, tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

Kejadianyang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, menyebabkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami pendarahan teruk sehingga hampir seluruh badannya berlumuran darah.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya terpaksa memberi bantuan awal untuk menghentikan pendarahan sebelum mangsa dihantar ke hospital.



Beliau berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 1.20 tengah hari di mana sepasukan anggota Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi bergegas ke lokasi.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal bersama neneknya berusia lingkungan 60 tahun sebelum terjatuh dan kepalanya terlanggar akuarium di lantai rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli