Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Galaxy Note 7 Dilarang Dalam Pesawat Air Asia



KUALA LUMPUR, 16 Okt: Telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke dalam pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berkuat kuasa tengah malam ini.

Perkara itu diumumkan oleh AirAsia menerusi satu kenyataan yang menjelaskan larangan itu dibuat berikutan aspek keselamatan penumpang dan pesawat.

Selain itu, larangan terbabit juga selaras dengan larangan yang diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat terhadap teleon pintar itu.

"Penumpang tidak dibenarkan membawa Galaxy Note 7, termasuk unit yang ditukarkan atau dipanggil semula, sama ada dalam bagasi daftar masuk, kabin mahu pun kargo.

"Mana-mana penumpang yang dikesan membawa peranti ini tidak akan dibenarkan menaiki pesawat," katanya.

Larangan terbabit turut terpakai kepada semua pesawat kumpulan AirAsia, merangkumi AirAsia Malaysia dengan kod pendaftaran penerbangan AK, AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), AirAsia India (I5), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli