Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Foto Viral Kerana Tak Lekang Dengan Senyuman, Lapangan Terbang Changi Dedah Siapakah Gerangan Polis Bantuan ini

No Comment

Selepas foto salah seorang polis bantuan di lapangan terbangnya menjadi viral, Lapangan Terbang Changi akhirnya mendedahkan identiti polis tersebut di laman Facebooknya baru-baru ini.

Foto anggota polis bantuan yang dikenali dengan nama Lee Minwei, 22, itu menjadi viral sehinggakan mendapat hampir 10,000 perkongsian setelah dikongsi oleh laman Facebook santai popular di Singapura, SGAG dan juga portal berita antarabangsa.

Menceritakan tentang dirinya, Lee berkata dia sememangnya suka tersenyum terutamanya untuk menceriakan hari orang lain.

"Saya benar-benar suka belajar tentang langkah keselamatan di Changi, dan memastikan yang lain selamat. Selain itu, saya juga gembira apabila melihat pengembara dan pelancong teruja untuk meneruskan penerbangan mereka. Itu sebabnya saya selalu senyum ketika bekerja dan ia membantu menceriakan hidup orang lain", kata Lee.

"Ada beberapa kali pelancong meminta saya untuk bergambar dengan mereka, tetapi saya tak sangka sehingga jadi (viral) seperti ini.

"Saya benar-benar terkejut. Rakan dan keluarga selalu mengusik saya tentangnya tetapi saya rasa rasa yang adik saya sedikit jeles.

"Saya turut merasakan tiga adik beradik saya yang lain cukup menarik dengan cara mereka sendiri. Kami semua menurun dari ibu bapa kami. Ibu mempunya mata yang cantik", kata Lee.

Bercerita tentang statusnya, Lee berkata dia masih lagi bujang.

"Saya masih lagi bujang, tapi masih tidak berusaha untuk mempunyai hubungan sekarang kerana saya mahu fokus dalam karier saya. Saya percaya semua perkara akan terjadi dengan sendiri jika ditakdirkan, dan jika wanita yang tepat datang dalam hidup saya", kata Lee.

 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli