Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Esofagus Lelaki Terkoyak Selepas Muntah Terlalu Banyak Kerana Makan Sos Lada 'Bhut Jolokia'

No Comment
Seorang lelaki India memegang Ghost Pepper. Foto hiasan

Bhut Jolokia atau 'Ghost Pepper' adalah antara lada yang paling pedas di dunia, dengan rating Scoville (skala pengukuran pedas) lebih daripada satu juta. Ini bermakna, lada jenis ini tidak elok jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini, Journal of Emergency Medicine melaporkan satu kes yang sangat luar biasa berlaku dimana esophagus seorang lelaki terkoyak selepas dia memakan sos lada yang sangat pedas itu.

Menurut laporan terbabit, lelaki Amerika berusia 47 tahun itu memakan sebiji burger bersama 'sos Ghost Pepper' dalam satu acara pertandingan makan. Namun, perutnya tidak mampu menelan sambal itu sehingga menyebabkannya muntah tanpa henti.



Disebabkan muntah terlalu banyak, esophagusnya terkoyak - satu kondisi luar biasa dalam dunia perubatan yang dipanggil Boerhaave Syndrome dan kondisi ini mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Apabila keadaannya semakin teruk, lelaki terbabit memanggil pihak kecemasan dan terselamat setelah doktor berjaya mengesan koyakan itu dengan cepat sebelum membuat pembedahan kecemasan untuknya.

Lelaki berkenaan diwadkan selama 23 hari di hospital sehingga sembuh.

Penulis artikel Journal of Emergency Medicine memberitahu kes ini sangat luar biasa dan kebiasaannya 'Ghost Pepper' tidak akan memberi kesan yang ketara terhadap pemakan.

Sumber: Journal of Emergency MedicineFoxNews
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli