Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Engkau Jaga Anak Macam Mana? Macam Tak De Problem Jer" Ketahui 3 Tip Utama Dalam Menjaga Perkembangan Anak

No Comment

Setiap anak, lain ragamnya, lagi-lagi jika mempunyai anak yang ramai, dan perlu tahu setiap karenah antara mereka, dan ianya bukanlah satu tugas yang ringan bagi setiap pasangan. Dalam memastikan anak kecil, atau remaja berkelakuan baik, sememangnya sangat diambil serius oleh ibu dan bapa.

Bagi ibu bapa, tingkah laku anak-anak sering kali dikaitkan dengan cara penjagaan mereka, dan ini secara tidak langsung, akan menampakkan seperti ibu bapa tidak memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak, jika kelakuan anak-anak tidak memberangsangkan.

Untuk anak-anak yang dalam proses tumbesaran, perkembangan mereka harus dipantau dengan sebaik mungkin, dan terdapat beberapa faktor yang perlu diberi tumpuan oleh ibu bapa. Untuk mengetahui apakah faktor tersebut, jom kita baca, hasil penulisan dari Dr Rizal Abu Bakar mengenai permasalahan ini.


PENING DENGAN ANAK AKU


Petang tadi terjumpa Mizi. Dah berbelas tahun tidak jumpa. Teguran Mizi dari belakang mengejutkan.

Mizi teman lama. Kerja di syarikat minyak. Punya anak tiga orang.

Dua anaknya sudah di sekolah menengah. Seorang masih di sekolah rendah.

“Kebetulan jumpa kau ni, aku nak tanya sikit.” Mizi memulakan bicara.

“Nak tanya apa?” Aku cuba mencungkil apa yang bermain di benak fikir Mizi.

“Engkau jaga anak macam mana? Tengok macam tak de problem jer. Aku pening dengan anak-anak aku” Soal Mizi. Serius.


“Jaga macam mana maksud kau?” Saya pula soal. Mahu kepastian.

“Ye lah apa teknik, stail. Atau apa kaedah yang kau guna?” sal Mizi lagi mendesak.

“Amboi serius bunyi. Aku macam orang lain juga. Biasa-biasa saja. Tak de lah teknik sangat.” Balas saya pula.

“Itu ayat nak mengelak. Dah cepat cerita kat. Kau ni orang yang belajar pasal psikologi bagai. Mesti ada cara. Desakan Mizi makin kuat.

“Tak de apa sangat Mizi. Cuma aku tahu sikit pasal otak. Jadi faham bagaimana cara otak anak-anak berfungsi.

Otak kanak-kanak dan remaja tidak sama macam otak orang tua. Faham bab ni selamat la.” Balas saya sambil tersenyum.

“Aku fokus pada T.A.M."

"Ha T.A.M tu apa? soal Mizi sedikit terpinga-pinga.

Tidur, aktiviti dan makan. Perkara penting untuk dijaga. Sebab ada pengaruh pada otak. Otak pengendali hidup.


Andai otak tidak betul, tidak sihat seperti sepatutnya masakan anak-anak kita akan ok." panjang sikit penjelasan saya.

“Oh begitu. Engkau ada buat talk ke seminar ke pasal benda-benda ni? Soal Mizi lagi.

“Aku tak buat seminar untuk parenting. Dah banyak sangat program parenting. Cuma ada jemputan untuk berkongsi pentas dengan Puan Saleha Idris di Bangi.

Jemputlah datang. Puan Saleha Idris selalu masuk tv. Orang tv pun percaya dengan skil dia takkan yang lain tak?

Aku akan kongsi sisi yang jarang orang dengar. Ilmu hasil kajian di bawa dari perguruan tinggi. Ilmu klinikal yang terbukti berkesan.


Ilmu yang dah merawat pelbagai jiwa. Ilmu yang merungkai seribu satu masalah. Datanglah.” Terang saya pada Mizi.

“Ok. Aku semak jadual. Aku tahu engkau ni penuh dengan surprise. Aku suka.”
.
“Mu tunggu aku datang! Aku buat T.A.M dulu sementara tunggu tarikh tu” kata Mizi mengakhiri perbualan.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli