Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Buang 80 Ekor Ulat Dalam Telinga Kanak-Kanak 4 Tahun Selepas Lalat Tertarik & Bertelur Dalam Telinganya


India, 16 Okt - Doktor berjaya mengeluarkan 80 ekor ulat dari telinga seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas seekor serangga tertarik dengan bau busuk dan keadaan kotor di kawasan telinga kanak-kanak itu.

Kanak-kanak dari sebuah kampung kecil di Dhar, Madhya Pradesh di sini mula mengalami rasa sakit dan gatal yang amat pada telinga kirinya beberapa minggu yang lalu.

Pada mulanya, ibu bapa kanak-kanak itu menyangka anak mereka cuma mengada-ngada.

Tetapi bila dia mula menangis tanpa henti, mereka membawa anak mereka ke Hospital MY di Indore pada 8 oktober lalu.

Ketua pakar ENT hospital itu, Dr. Raj Kumar Mundra memeriksa kanak-kanak itu dan terkejut apabila mendapati terdapat seekor serangga bernama Genus Chrysomya (lalat hijau) di dalam telinga pesakitnya itu dan telah mengeluarkan banyak telur.

Genus Chrysomya

Dr. Mundra berkata: "Saya sangat terkejut melihat banyak telur (di dalam telinga). Serangga jenis ini tertarik kepada bau busuk dan keadaan yang sangat kotor. Disebabkan telinga dan hidung adalah tempat yang terbuka, ia masuk dan bertelur.

"Sebelum ini kami ada menerima beberapa kes sebegini tetapi cuma dengan dua ke tiga telur sahaja. Ini merupakan kali pertama kami lihat pesakit dengan telur sebanyak ini.

Proses mengeluarkan kira-kira 80 ekor ulat di telinga kanak-kanak terbabit mencecah hampir 90 minit.



Dr Mundra berkata ulat-ulat itu dibunuh terlebih dahulu sebelum dikeluarkan supaya ia tidak bergerak dan menyebabkan lebih kerosakan.

"Pemeriksaan terakhir kami mendapati telinganya sudah bersih. Tetapi tulang dan kulitnya sedikit rosak disebabkan ulat itu. Saya percaya dengan sejumlah ulat itu dalam telinga, dia telah merana selama lebih seminggu.

Tambahnya lagi, kanak-kanak itu bernasib baik kerana tiada ulat ditemui di dalam otak. Sekiranya ada, nyawa kanak-kanak itu mungkin dalam bahaya.

"Ada satu tulang senipis kertas antara otak dan telinga. Ulat-ulat ini mungkin boleh memecah masuk menerusi tulang itu dan memakan otak".


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli