Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DBKL Nafi Caj Kereta Persendirian Selepas MRT Siap



KUALA LUMPUR, 7 Okt - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan caj kereta persendirian yang memasuki ibu kata sebaik sahaja projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz kepada Bernama sekaligus menafikan sebuah laporan akhbar tempatan berhubung perkara itu.

"Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina)," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Kanan Jabtan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad sebagaimana dipetik laporan sebuah akhbar tempatan berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem itu sebagai inisiatif terakhir dalam mengurangkan kesesakan di bandar dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.

Sistem itu dilihat akan mengenakan caj kepada mana-mana kenderaan yang pergi ke pusat bandar seperti mana yang dilaksanakan di Singapura ketika ini. 

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli