Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Ditahan Selepas Dipercayai Minta Suapan RM125,000


Putrajaya, 12 Okt: Dua orang lelaki termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  selepas dipercayai meminta wang suapan berjumlah RM 125,000 dari seorang wanita.

Harian Metro berkata, sumber SPRM memberitahu tangkapan pertama dibuat terhadap seorang lelaki 59 tahun di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur pada Isnin.

Datuk Seri berusia 46 tahun, yang juga bekas pegawai khas kerabat Diraja di sebuah negeri ditahan di rumahnya di Seremban pada 11 pagi semalam.

"Mereka dikatakan meminta sejumlah wang rasuah sebanyak RM125,000 daripada wanita berkenaan bertujuan mempercepatkan urusan pembetulan maklumat di sijil kematian suaminya.

"Wang rasuah ini kononnya untuk diserahkan kepada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya," katanya.

Tambah sumber itu lagi, SPRM turut menyita wang RM30,000 dari suspek pertama dan RM 142,500 dari suspek kedua yang ditemui di bilik air dan bonet kenderaan.

"Selain itu, kita turut menyita Honda Accord daripada Datuk Seri berkenaan," katanya.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki tetapi beliau enggan mengulas lanjut. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli