Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cuti Sekolah Tambahan 3 Hari Sempena Deepavali, Tidak Perlu Diganti



KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi surat siarannya bilangan 19
Tahun 2015 menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menerusi kenyataan di MOE, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.




Sumber : BH OnlineMOE
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli