Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Tiga Tahun Jadi Jutawan Segera Selepas Menang Cabutan Bertuah

No Comment


New Zealand, 2 Okt - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Christchurch menjadi jutawan termuda New Zealand apabila memenangi cabutan bertuah bon bonus sebanyak NZ$ 1 juta (RM 4.1 juta).

Keluarga kanak-kanak tersebut diberitahu tentang kemenangannya ketika mereka baru pulang dari bercuti.

"Suami saya sedang mengisi angin ketika dia ditelefon tentang perkara tersebut", kata ibu kepada kanak-kanak tersebut.

"Selepas selesai, dia terus memberitahu saya dan kami berlari kegembiraan. Saat itu sangat mengujakan

"Kami sentiasa menganggap anak kami itu istimewa, dia dilahirkan pada hari Krismas dan sekarang dia menjadi pemenang Bon Bonus paling muda", katanya lagi.

Menurut pasangan itu, mereka membuat akaun Bon Bonus anak mereka itu ketika dia lahir. Akaun itu mempunyai bon sebanyak $250 yang dibeli untuknya.

Pemenang Bon Bonus paling tua adalah individu yang berusia 92 tahun. - Siakapkeli.my

Sumber : New Zeland Herald
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli