Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bomoh Ditahan Selepas Cabul Pesakit, Dakwa Penyakit Santau Perlu Dikeluarkan Ikut Kemaluan

No Comment


KLUANG, 10 Okt: Seorang bomoh ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan untuk membuang santau dalam kejadian di sebuah taman di Simpang Ranggam dekat sini.

Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 12.10 tengah malam tadi selepas wanita itu membuat laporan polis pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, ibu tunggal yang berusia 32 tahun itu didatangi lelaki terbabit di rumah ibu angkatnya di taman itu sebelum mendakwa wanita itu disantau.

"Lelaki berkenaan yang juga jiran ibu angkat mangsa, kemudian menawarkan diri untuk merawat serta mengubati wanita itu kononnya disantau

"Mangsa kemudian bersetuju untuk menerima rawatan selama tiga hari dan pada hari terakhir rawatan lelaki berkenaan meminta supaya wanita itu dimandikan dengan air sejuk

"Ketika itu, lelaki berkenaan mengambil kesempatan meraba dada dan mencium pipi mangsa sebelum mengarahkan wanita itu masuk ke dalam sebuah bilik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Mohamad berkata, lelaki itu kemudian meminta mangsa untuk baring di atas sebuah tilam di bilik berkenaan, untuk meneruskan rawatan selanjutnya

"Lelaki itu memberitahu mangsa bahawa penyakit santau itu perlu dikeluarkan melalui kemaluan, bagaimanapun wanita itu yang dalam ketakutan kemudian melarikan diri ke rumah rakannya, di Kulai dekat sini sebelum membuat laporan polis," katanya

Katanya, suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli