Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Ke Rumah 'Low Cost' Dijadikan Pelaburan, Pemuda Ini Ada Perkongsiannya

No Comment

Untuk mempunyai rumah mewah bak rumah agam, sememangnya masih ramai yang belum mampu memilikinya, mana tidaknya, rumah seperti itu, sudah semestinya berharga jutaan ringgit, dan bagi yang baru sahaja berjinak-jinak untuk memiliki rumah, atau membuat pelaburan hartanah, ianya bagai satu tujuan yang sukar untuk dicapai.

Namun begitu, rumah kos rendah, boleh juga dijadikan sebagai aset pertama, atau untuk dijadikan pelaburan bila sudah mempunyai kewangan yang kukuh kelak. Tiada salahnya jika anda mahu membeli rumah kos rendah ini, ialah ianya bersesuaian juga dengan faktor gaji dan pinjaman yang akan diluluskan nanti.

Admin ingin kongsikan, mengapa tidak salah untuk membeli rumah kos rendah ini, dan bagaimana anda boleh jadikan rumah tersebut, sebagai pelaburan. Jom kita tengok perkongsian daripada saudara Harith Faisal ini.


TAK SALAH BELI RUMAH LOW COST UNTUK PELABURAN.

1. Kawasan Hotspot


Nak beli untuk duduk sendiri okay, untuk pelaburan pun okay. Carilah di kawasan hotspot contohnya di Shah Alam, Damansara Damai, Bandar Seri Permaisuri dan yang dekat dengan pengangkutan awam.

2. Sewa Ramai-Ramai

Baru mula kerja, biasanya masih bujang. Kalau nak duduk sendiri, anda duduk di bilik paling kecik. Bilik master dan medium disewakan. Jadi, anda dapat duduk percuma. Penyewa lain yang bayarkan.

3. Duduk Bersama Pasangan

Bila dah kahwin nanti, anda tamatkan kontrak sewaan penyewa, bolehlah duduk dengan pasangan anda pula dengan bahagia. Boleh main kejar-kejar.

4. Sewa Pada Penyewa Lain

Pilihan lain, anda dan pasangan anda sewa di rumah yang lebih murah atau dekat dengan tempat kerja. Manakala rumah low cost tu, tetap disewakan kepada orang lain.

5. Duit Tambahan

Kenapa kena sewakan lagi? Supaya hasil sewaan tu boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk beli rumah seterusnya.

6. Aliran Tunai Positif

Kenapa low cost? Biasanya anda akan dapat aliran tunai positif yang sangat best sebab rumah murah, tapi permintaan sewaan sangat tinggi.

7. Hak Anda


Ada orang cakap, beli rumah low cost untuk pelaburan macam mengambil hak orang lain yang tak mampu beli rumah. Habis kena kecam. Yang salahnya adalah jika anda sebenarnya bergaji besar, tapi buat-buat macam gaji kecil atau guna orang dalam untuk dapatkan rumah tu. Memang tak beretika.

8. Bersesuaian Dengan Pendapatan

Pada pendapat saya, tak salah. Sebab anda juga memang layak. Kalau tak layak, memang takkan lepas. Anda baru bekerja dengan gaji ciput RM2,000. Itu hak anda.

9. Kurangkan Kerugian

Beli rumah low cost sebagai rumah pertama adalah salah satu permulaan yang baik untuk pelabur baru. Lebih kurang macam try and error. Kalau buat kesilapan pun, tak rugi banyak. Rumah low cost tak sesuai jika anda mengharapkan capital appreciation. Harga pasaran sangat lambat naik.

Ada yang kata, rumah di low cost di kawasan hotspot semua dah mahal. Habis tu, tak payah belilah ya. Teruskan berangan nak beli rumah idaman padahal gaji baru RM2,000.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli