Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Ke Bercuti Di Musim Sejuk Dengan Si Kecil? Ikuti Tips Ini Untuk Melancong Bersama Bayi Di Musim Sejuk

No Comment

Memang seronok kalau dapat bercuti ke negara yang mempunyai empat musim, seperti musim luruh, musim bunga, musim panas dan juga musim sejuk kerana ianya akan menjadi satu pengalaman baru untuk merasai sendiri bagaimana suasana berada di tempat tersebut. Lebih-lebih lagi jika berada di musim sejuk, yang keputihan, diliputi salji.

Untuk berada di musim sejuk, merupakan saat yang sangat istimewa, bukan mudah untuk merasai salji sebenar, dan melihat salji turun. Kalau boleh, hendak menggemggam salji dan menikmati kesejukan dingin musim sejuk. Tapi, boleh ke pergi bercuti pada musim sejuk, lagi-lagi ada bayi, kesian pula nanti, kesejukan sangat.

Namun, usah bimbang, kerana anda boleh juga membawa bayi anda, untuk bercuti di musim sejuk. Ikuti tip yang dikongsikan oleh saudara Dzulhaidy Abdul Rahim ini, dan anda sudah boleh terbang ke musim sejuk. Jom tengok apa yang perlu dilakukan.


TIPS UNTUK BAWA BABY SEMASA WINTER

1. Hadkan Masa Di Luar

Hadkan masa diluar dalam cuaca sejuk, seelok-eloknya hanya bawa keluar semasa cuaca cerah, tidak berangin dan bukan semasa salji sedang turun. Ini adalah kerana suhu boleh turun dengan cepat dalam kondisi cuaca yang buruk dan tak menentu.

2. Biasakan Dengan Cuaca Sejuk
Seelok-eloknya adalah biasakan bayi/kanak2 dengan cuaca sejuk secara perlahan-lahan. Malaysia suhunya adalah 30 darjah celcius kalau tempat bersalji suhu mungkin bawah 0 darjah celcius. Badan orang dewasa pun boleh kena kejutan dan jatuh sakit inikan pula kanak-kanak.


3. Minum Air
Sentiasa pastikan bayi/kanak2 sentiasa di hidrasikan. Minum air masak/air mineral banyak walaupun macam tak dahaga tetapi suhu sejuk sebenarnya mengeringkan badan.


4. Sapu vaseline

Vaseline untuk bayi ada, beli dan sapu seluruh badan bayi agar dapat mengurangkan kehilangan air dalam badan oleh angin sejuk. Kalau kulit kita kering semasa musim sejuk terutama sekali bahagian yang terdedah kepada angin seperti muka, hidung, telinga, kita boleh kena "frostbite" dan kondisi ini sangat-sangat sengsara.

5. Atasi Kulit Kering

Kulit yang kering walaupun pada bahagian yang tidak terdedah pada angin juga boleh berlaku dan akan menyebabkan kegatalan yang teramat sangat. Jika kita menggaru dan menyebabkan kulit luka lebih perit. Cara mengatasi adalah sentiasa hidrasi dan juga pakai krim seperti vaseline di seluruh badan.


6. Pakai Mask
Jika bayi/kanak2 ataupun kita sendiri kena selsema semasa berjalan di musim sejuk tersangat-sangat sengsara dan makan masa berhari-hari ataupun sepanjang kita berada di sana. Jadi semasa keluar saya sarankan beli mask terutama yang ada insert lembab supaya kita terhindar dari selsema dan juga sekiranya kita terkena selsema ia tidak akan menjangkitkan orang lain.


7. Sunscreen

SUNSCREEN/SUNBLOCK juga penting, sebab semasa musim sejuk sinaran UV sangat kuat dan boleh menyebabkan SUNBURN JUGA!!


8. Kit Pertolongan Cemas

Kit pertolongan cemas pun masukkan dalam backpack anda.


Diharap anda sudah boleh memahami apa yang perlu dilakukan, bagi memastikan bayi anda sentiasa selesa dan selamat walau berada di musim sejuk. Pastikan anda memberi perhatian yang lebih, pada bayi anda. Anda boleh juga mendapatkan khidmat pakar atau mereka yang berpengalaman, untuk maklumat yang lebih lanjut. Jom kita bercuti dengan insan tersayang tanpa perlu bimbang lagi. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli