Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bob Dylan Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2016

No Comment


STOCKHOLM, 13 Okt: Bob Dylan hari ini membuat kejutan apabila diumumkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan bagi tahun 2016.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Tetap Akademi Sweden, Prof Sara Danius menerusi siaran langsung di laman nobelprize.org pada jam 7.00 petang tadi waktu Malaysia.

Bob Dylan merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan pemuzik kelahiran Minnessota Amerika Syarikat.

Danius dalam temubual sejurus pengumuman itu menyebut Dylan dipilih kerana lirik yang dihasilkan beliau sangat puitis dan berfalsafah.

"Dylan adalah penyair yang berpengaruh dalam tradisi sastera Inggeris. Beliau sentiasa muncul dengan karya yang baik dan mampu bertahan hingga kini sejak lima dekad lalu. 

"Jika anda belum mendengar karya Dylan, mulakan "Blonde on Blonde", katanya.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli