Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Batuk Berterusan, Tapi, Sukar Untuk Memakan Ubat, Ikuti Tips Ini Dalam Merawat Batuk Tanpa Ubat

No Comment

Untuk melegakan atau sihat kembali setelah sakit kadang kala memakan masa yang agak lama. Pengambilan ubat-ubatan juga agak banyak berdasarkan sakit yang dihadapi. Ada juga di mana sakit masih tidak kebah lagi, tetapi ubat yang perlu dimakan sudah pun habis.

Ianya agak membimbangkan, risau jika ubat yang dimakan tidak begitu kuat atau sakit semakin serius, dan terpaksa pergi ke klinik semula untuk mendapatkan ubat baru. Sama juga dengan batuk, di mana mungkin agak sukar untuk sembuh, setelah memakan ubat batuk, dan, ubat tersebut pula menyebabkan kita mengantuk, oleh sebab itulah, ada segelintir yang kurang gemar memakan ubat batuk, hanya bergantung pada gula-gula 'lozenges' sahaja, seperti Strepsils.

Tapi kini, anda sudah boleh melegakan batuk dengan mudah sekali, mungkin tidak perlu mengambil ubat-ubatan lagi. Jom kita baca, perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini, apa yang boleh dilakukan selain memakan ubat batuk untuk kembali sihat.


TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:


1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak.



2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih.


3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok .


4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.


5.
Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.


6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Mungkin cara ini akan berkesan pada anda, sebolehnya, elakkan diri terlebih dahulu dari sebarang aktiviti, persekitaran atau mungkin makanan yang boleh menyebabkan anda batuk. Namun jika anda sudah pun mengalami batuk, moga-moga tip ini mampu membantu anda, lebih-lebih lagi pada yng sukar untuk memakan ubat. Jom amalkan gaya hidup sihat. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli