Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Asap Mercun Cemari Perayaan Deepavali di India

No Comment


NEW DELHI: Suasana sambutan perayaan Deepavali di India dicemari dengan asap tebal setelah banyak mercun dibakar dalam perayaan terbabit.

Tahap pencemaran udara yang dicatatkan adalah 30 kali ganda berbanding paras yang disaran oleh WHO di satu daripada kejiranan di ibu kota terbabbit.

Pihak berkuasa juga telah memberi amaran bahawa ibu kota itu berdepan sambutan Deepavali yang penuh dengan pencemaran kerana faktor kelembapan udara dan kelajuan angin.

Pagi ini, jarak penglihatan di seluruh bandar terbabit amat terhad akibat jerebu tebal sehinggakan penduduk dinasihat supaya berada di rumah.

Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat India, paras partikel udara kecil atau PM 2.5 meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh beberapa jam kepada 750 mikrogram setiap meter padu udara di kawasan paling teruk terjejas.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli