Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Seorang Pengembara Solo? Ikuti 9 Tips Ini Untuk Berkenalan Dengan Rakan Baru Sewaktu Mengembara

No Comment

Jika melakukan aktiviti secara berkumpulan, ada ketikanya sangat menyeronokkan, kerana berpeluang meluangkan masa bersama teman rapat dan berkongsi kegembiraan bersama. Namun begitu, ada ketikanya juga, melakukan aktiviti secara berseorangan dilihat lebih baik, disebabkan dapat melatih diri untuk lebih berdikari.

Tetapi, bila cerita bab melancong, adakah melancong seorang diri akan memberikan kesukaran, bila mana ingin berinteraksi dengan kenalan baru?

Di sini admin ingin kongsikan, bagaimana caranya anda boleh membuat kenalan baru ketika mengembara. Jom kita baca tip daripada saudara Zaid Traveler ini.


Perkara yang paling seronok bagi saya ketika mengembara ialah dapat berkenalan dengan ramai kawan baru dari seluruh pelusuk dunia.

Kadang hanya dengan satu senyuman boleh bertukar menjadi sahabat akrab, dengan satu sapaan boleh bertukar menjadi pasangan suami isteri. Begitulah hebatnya the power of travel.

Untuk berkenalan dengan kawan baru juga perlu ada strategi, lebih-lebih lagi dengan kawan yang berlainan negara, agama dan bahasa, kerana jika tersilap cara boleh menyebabkan berlaku salah faham.

Ini saya kongsikan 9 tip untuk berkenalan dengan kawan baru ketika mengembara :

1- Duduk dengan orang tempatan

Ini cara yang paling mudah untuk berkenalan. Melalui laman Couchsurfing dan Airbnb, anda boleh menginap satu rumah dengan orang tempatan. Lebih menguntungkan jika anda dapat tuan rumah yang baik hati.

2- Beri cenderamata dari Malaysia

Setiap kali keluar mengembara, bawa sekali beberapa cenderamata seperti pos kad dan fridge magnet. Pasti akan membuat mereka terharu atas cenderamata tersebut dan senang dengan kehadiran kita.

3- Belajar beberapa perkataan asas

Perkataan asas seperti, Hello, apa khabar, Terima kasih. Orang tempatan sangat gembira bila kita cuba untuk bercakap dalam bahasa mereka walaupun dengan hanya menyebut Kamsahamida.

4- Kenali isyarat bahasa

Lain bangsa lain cara dan lain maksud. Orang Jepun contohnya, cara menghormati tetamu dan berkenalan ialah dengan menundukkan kepala, berbeza dengan budaya kita bersalam sambil berjabat tangan. Cuba fahami dan ikut isyarat bahasa orang tempatan.


5- Menginap di hostel

Jika anda masih bujang, menginap di bilik atau dorm hostel sangat membantu untuk berkenalan dengan ramai kawan pengembara dari seluruh dunia. Saya pernah menginap di sebuah dorm hostel, dari 16 orang yang menginap dalam satu dorm, 13 darinya datang dari negara yang berbeza.

6- Join group tour

Ini juga salah satu cara terbaik, katakan anda pergi ke Turki selama dua minggu, ambil satu hari untuk join tour dengan mana-mana agensi, dalam group tour pasti akan disertai oleh ramai pengembara dari pelbagai negara. Untungnya mungkin anda dapat berkenalan dengan salah seorang dari mereka, dapat bergambar selfie sama-sama. Seronok kan.

7- Kongsinkan cerita melalui gambar

Bak kata pepatah, a picture is worth a thousand words. Walaupun kita tidak dapat bertutur dalam bahasa mereka, salah satu cara terbaik ialah berkongsi cerita istimewa melalui gambar, katakan jika anda punya gambar bersama keluarga, tunjukkan yang mereka adalah ibu, bapa dan adik kita, dengan hanya sekeping gambar, mungkin akan membuat kawan baru kita itu lebih selesa dengan kita.

8- Puji masakan orang tempatan

Lumrah sifat manusia sukakan pujian, lebih-lebih lagi jika ada orang asing yang puji masakan mereka. Sangat mudah, selepas makan tunjukkan isyarat tangan sebagai tanda bagus yang makanan tersebut sangat sedap!. Hafal beberapa perkataan seperti so good, delicious, I love it, dan sebagainya.

9- Makan duduk semeja dengan orang tempatan

Cara ini agak sukar sedikit, tetapi tidak salah untuk mencuba, hanya perlu buang sifat malu dan ragu. Katakan jika anda pergi ke restoran dan ternampak seseorang sedang makan berseorangan. Lihat dan perhatikan jika dia berpotensi untuk menjadi kawan kita, kemudian beranikan diri untuk bertegur. I noticed you were eating alone, I was so wondering if I could join you?. Kebiasaannya mereka tidak akan menolak untuk makan semeja dengan kita.

Foto ini ialah sahabat yang saya kenali melalui internet yang kemudiannya bertukar menjadi sahabat karib selepas kami bertemu di Kashmir India. Nama dia Mustafa, melalui perkenalan ketika mengembara juga, beliau berjaya mengislamkan seorang gadis Jepun yang akhirnya menjadi isterinya. Subhanallah.

Walaupun saya ini mungkin jenis yang kurang peramah, hanya lebih suka mendengar dari bercerita. Sepanjang pengalaman saya mengembara dunia semenjak 14 tahun yang lalu, saya telah amalkan tip-tip di seperti di atas.

Alhamdulillah, hasilnya saya kini punya lebih dari 100 kenalan dari 90 lebih buah negara yang telah berjaya saya terokai. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli