Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Boleh Berbelanja, Bercuti Dengan Mudah Dan Selamat Di Luar Negara, Dengan Adanya 4 Kad Ini

No Comment

Apabia ingin pergi bercuti ke luar negara, segala persiapan dilakukan dengan teliti dan terperinci, ini bagi memastikan segala perancangan lebih teratur dan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku sewaktu sedang bercuti. Ianya termasuk juga perbelanjaan kasar, serta pertukaran mata wang.

Dan sekiranya melancong, sudah semestinya akan membuat penukaran mata wang, untuk kegunaan di negara yang dilawati kelak. Tetapi, kadang kala, nilai wang yang dibuat pertukaran, tidak mencukupi untuk digunakan, dan keadaan ini sedikit sebanyak membimbangkan buat mereka yang bercuti.

Namun begitu, usah khuatir, anda sudah pasti memiliki sekurang-kurangnya satu kad debit dari mana-mana bank di Malaysia, dengan adanya kad tersebut, anda juga boleh berbelanja dengan menggunakan kad bank tersebut. Jom kita tengok, kad debit dan kad kesihatan yang manakah, lebih sesuai untuk digunakan sewaktu melancong ke luar negara, hasil perkongsian dari saudara Zaid Traveler.


4 kad kegemaran saya ketika travel ke luar negara.

Mungkin ada yang mengeluh kerana tiada kad kredit, nak tempah tiket online pun susah. Walaupun anda tiada kad kredit, kad debit juga punya fungsi sama seperti kad kredit, cuma yang membezakannya anda hanya boleh berbelanja mengikut jumlah duit yang anda simpan.

1- Kad Debit visa Maybank

Dalam banyak-banyak kad debit yang saya guna ketika mengembara, kad debit visa Maybank antara yang terbaik, anda boleh keluarkan tunai di mana-mana mesin ATM dan berbelanja di kedai yang ada logo visa di seluruh dunia.

Sebelum ke luar negara, pastikan anda telah mengaktifkan penggunaan untuk transaksi luar negara. Boleh aktifkan melalui Maybank2u.

2- Kad Debit Mastercard Maybank (Premier)

Fungsinya sama seperti kad debit visa, cuma kelebihan kad debit Mastercard Maybank Premier ialah darisegi had transaksi, jumlah had harian pemegang akaun premier ialah RM10,000 sehari, berbanding kad debit visa RM5,000 sehari.

Kelebihan lain pula, jika tiada kemudahan visa, kad debit Mastercard boleh membantu. Setakat hari ini tiada masalah ketika guna di luar negara.

3- Kad Debit RHB Bank

Selain dari Maybank, kad debit RHB bank antara yang paling saya suka. Had belanja harian boleh ditetapkan sehingga RM30,000 atau lebih sehari.

Kelebihan lain pula, melalui online banking RHB, anda boleh transfer duit melalui Western Union, dan yang paling seronok RHB bank merupakan satu-satunya bank di Malaysia yang boleh topup akaun Paypal melalui online banking RHB.


Akaun Paypal juga sangat penting terutamanya jika anda mengembara ke negara barat. Laman web seperti Agoda, Hostel World, Airbnb ada disediakan kemudahan pembayaran melalui Paypal. Syarikat penerbangan juga ada yang menawarkan kemudahan pembayaran melalui Paypal.

Jika anda mempunyai online banking RHB, ia sangat membantu untuk anda tambah duit ke akaun Paypal.

4- Kad Takaful Prudential

Kad ini antara yang paling penting. Ketiga-tiga kad di atas semua kad keluar duit yang menyebabkan duit menyusut, tetapi kad ini jika berlaku kecemasan, ia akan memberi anda atau waris anda duit. Sebab itu saya tidak berkira untuk belanjankan sejumlah kecil simpanan untuk memiliki perlindungan takaful.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jika anda belum memiliki perlindungan takaful, hubungi agen terdekat anda, cari yang bertauliah, jangan cari saya, kerana saya bukan agen takaful.


Banyak lagi kad-kad lain yang best, buat masa ini cukup 4 kad ini saya kongsi dengan anda, nanti pening pula nak buat pilihan.hehe Semoga bermanfaat.

** Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Zaid Traveler, mungkin lain orang lain pengalaman. Jika anda ada maklumat lain boleh kongsikan di ruang komen di bawah untuk manfaat bersama. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli