Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Jati Pulau Pinang Dipilih Jadi Datuk Bandar Kapiti Coast



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Anak jati Pulau Pinang, K Gurunathan dipilih sebagai Datuk Bandar Daerah Kapiti Coast di Wellington, New Zealand selepas beliau menewaskan lima lagi calon lain termasuk penyandangnya.

K Gurunathan, yang juga seorang bekas jurnalis menewaskan penyandang jawatan itu selama satu penggal, Ross Church dengan meraih undi sebanyak 8,911 seterusnya menang majoriti 2,300.

Susulan kemenangan itu, K Gurunathan akan mula aberkhidmat bermula tahun ini sehingga 2019.

Media tempatan menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

K Gurunathan, 63, pernah memegang karier sebagia Ketua Wartawan pada 1983 di National Echo. Dia kemudian mejadi penyunting berita di The Rocket sebelum berkhidmat sebagai pengulas politik di akhbar New Straits Times.

Guru pernah bertugas sebagai Editor Artikel Khas bersama The Sun sebelum berhijrah ke Wellington bersama isterinya warga New Zealand, Claire dan dua anaknya pada 1995.

"Mesej utama dalam kempen saya adalah untuk menjadikan Kapiti sebagai sebuah daerah yang terbuka, telus dan bertanggungjawab. Sebagai seorang migran dan dari masyarakat minoriti bukan satu isu, walaupun sebahagian daripada mereka mengundi saya berkata saya tidak boleh menang jawatan itu," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli