Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Alat Yang Boleh Digunakan Oleh Wanita Dalam Mempertahankan Diri (dan Mungkin Untuk Lelaki Juga)

No Comment

Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira waktu dan tempat, pastikan anda sentiasa bersiap sedia menghadapi penjenayah yang tidak terduga kehadirannya. Sikap tidak ambil peduli harus diketepikan, ianya bagi memastikan diri tidak menjadi mangsa penjenayah.

Umum juga sudah sedia maklum, jenayah boleh berlaku pada siap sahaja, namun, kaum wanita lebih mudah untuk dijadikan manga, atas faktor fizikal dan tenaga. Oleh sebab inilah, kaum wanita seharusnya lebih berjaga-jaga, dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran.

Bagi membantu kaum wanita untuk mempertahankan diri, admin ingin kongsikan, penulisan yang ditulis oleh seorang bekas wartawan jenayah, iaitu saudara Syahril A. Kadir, akan cara yang boleh digunakan bagi melindungi diri dikala diserang. Jom kita baca pengisiannya.


WAHAI KAUM HAWA...TOLONGLAH STANDBY PENYEMBUR LADA/ PEPPER SPRAY DALAM BEG KORANG!

Sepanjang abam jadi wartawan jenayah, JARANG sangat abam dengar kaum wanita kat Malaysia ini guna/ menyimpan penyembur lada atau pepper spray dalam beg tangan mereka sedangkan di negara maju, ia sering dibawa oleh kaum Hawa mereka sebagai alat mempertahankan diri.

Ada seorang pegawai polis tu yg abam interview pernah bagitahu, dia hairan kenapa payah sangat kaum wanita kat negara kita ni nak beli alat yang boleh bantu mereka ketika kecemasan itu. Come on, janganlah guna alasan susah nak cari sebab sekarang dah banyak alat ini dijual di pasaran, kat Guardian ngan Watson pun abam pernah tengok ada jual. Di dalam online jangan ceritalah, bersepah!

Alat ini bukan mahal sangat pun...ada yang tak sampai RM50. Dalam pada anda dok sumbat segala jenis mak nenek 'aksesori' dalam beg tangan korang tu termasuk segala jenis resit itu ini, apalah salahnya SELITKAN juga pepper spray ni.


Mengapa pepper spray? Kalau korang sembur kat penyerang korang, mamat tu akan akan mengalami kesukaran untuk bernafas, penglihatan kabur, sakit dan disorientasi. Keadaan itu akan dirasai selama 30 minit hingga sejam tetapi tidak membawa maut. So at least dalam tempoh tu adalah masa korang nak bertindak apa-apa.


Kalau ada wisel pun cantik juga. Tiuplah kuat-kuat. Kalau kena attack kat parking, cepat2 tekan alarm kat kunci kereta korang. Biar hingar-bingar keadaan sekeliling sekaligus untuk menarik perhatian orang ramai. Betul, tidak ada satu pun kaedah yang terbukti benar-benar efektif dalam bab nak halang perlakuan jenayah ini, tetapi kalau kita ada PILIHAN untuk mengurangkan risiko - pasal apa kita tak nak guna?

Sayang kak long, di saat kita sanggup berhabis-habisan beli perfume yang harga beratus ringgit tu, kita abaikan pepper spray ini. Tak kena tak apa, kalau kena, baru nyesal.

Namun begitu, anda haruslah bersedia, dan bertindak pantas jika ingin melakukan perkara ini, Pastikan keadaan dan kedudukan anda dalam situasi yang tidak terlalu berbahaya. Jika anda ragu-ragu, lebih baik mengundur diri kerana takut anda dicederakan pula. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli