Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

9 Alasan Kewangan Yang Sering Kita Gunakan Untuk Sedapkan Hati Sendiri

No Comment

Bagi seseorang yang mampu untuk melakukan sesuatu, dan berani untuk menyahut cabaran, sudah semestinya tidak memberi seribu satu alasan untuk menidakkan apa yang perlu dilakukan. Kumpulan ini akan sedaya upaya menyelesaikan apa yang diberi, dan mengurangkan kesilapan seminimum mungkin.

Namun begitu, bagi seseorang yang sering kali memberi alasan, dalam apa jua situasi, ia sedikit sebanyak akan menyebabkan individu tersebut terjerumus dengan masalah, lebih-lebih lagi jika nasihat atau pandangan yang diberi, untuk kebaikan diri. Mungkin atas sebab ego, dan maruah diri, segala nasihat diketepikan.

Admin ingin kongsikan, sembilan alasan kewangan yang sering kali kita berikan, dalam mengurus kewangan, dan ianya hanyalah untuk menyedapkan hati kita sahaja. Jom kita baca, penulisan saudara Zaidi Ismail, mengenai alasan kewangan ini.


ALASAN KEWANGAN UNTUK SEDAPKAN HATI SENDIRI

1. Takpalah "renovate" rumah gila-gila .. rumah ini akan jadi milik kita juga akhirnya .... macam dia tahu apa yang akan berlaku masa depan , kena buang kerja .. beban ansuran rumah tak boleh nak bayar dan rumah pun kena lelong .. yang senyum tuan rumah baru.


2. Takpalah membakar diri macam lilin demi keluarga dan sahabat handai .. nanti dapat pahala .. yer laa baru lepas berdialog dengan Raqib , yang pasti setiap bulan senak menanggung hutang atau nama dah tak boleh guna untuk kumpul harta sebab dah kena "blacklist" sebab orang lain

3. Balik kampung sekerap yang mungkin .. boleh dapat redha ibu-bapa .. mereka akan doakan kesejahteraan hidup kita ... yang heran kita jer yang kerap mana lagi 5 beradik? Bila balik kampung menyusahkan mak bapak nak siapkan makan minum kita dan jaga 3-4 orang anak kita ... redha la sangat kan. Yang pasti setiap kali balik kampung kopak beberapa ratus, setengah bulan dah sengkek, sejahtera la sangat kan.


4. Takpalah pergi bercuti .. sekali sekala jer pun .. nak hadiahkan diri sendiri setelah penat bekerja ... nak juga rehat dan hilangkan stress .. tapi yang herannya bila balik cuti lebih letih dan stress terutama bila tengok baki simpanan menyusut giler ( itupun kalau ada simpanan) .. lepas tu kena kerja 2 atau tiga kali kebih keras nak tampung gaya hidup bercuti kita.

5. Penat tu belajar bertahun-tahun, dapat kerja apa lagi beli la kereta atau motor dengan hutang paling mahal yang dia boleh beli .. masa nie la nak tayang kat orang lain yang dia kononnya dah berjaya dan dapat kerja hebat .. realitinya bak kata tawkey yap "ini serupa bikin itu wayang gambar keluar wang sendiri kasi lain orang tengok free .. maintenance atau rosak sendiri jugak bayar .. dua kali bodo".

6. Kahwin cuma sekali seumur hidup .. buat la "wedding of the year" .. pergi la berhutang sana sini sebab nak buat majlis perkahwinan yang paling gah dan ":grand" .. realitinya statistik menunjukkan 156 pasangan Islam bercerai setiap hari. Yang pasti hutang tersebut akan ditanggung biarpun setelah bercerai.


7. Bila beli rumah untuk tinggal sendiri, beli yang paling mahal yang boleh dibeli , takpalah sebab nak tinggal kat situ sampai bila-bila , dia lupa bila anak semakin membesar , bertukar tempat kerja , perubahan persekitaran yang tidak kondusif , semua ini memungkinkan untuk berpindah rumah .. apa nak buat? Nak jual rumah sayang plak .. dah reno gila-gila .. tapi yang pasti beban ansuran bulanan ditanggung sendiri.

8. Dengar cakap orang lain .. mesti kaum keluarga dan sahabat handai nak yang terbaik untuk kita kan .. sebab tu mereka bagi cadangan itu dan ini .. yer la semua tu untuk kebaikan kita kan , mungkin ya , mungkin tidak tapi yang pasti setiap bulan sendiri yang tanggung beban ansuran bulanan hutang bukan mereka tapi diri kita.

9. Takpalah ... dia ada jugak bantu orang melayu jadi usahawan jutawan .. biarpun dah kena kencing ribuan , belasan dan puluhan ribu masuk skim , seminar dan program hamlau .. yang dapat jadi jutawan sorang dua .,. yang menanggung hutang ribuan orang , ini logik Melayu .. bangsa lain takda logik ini .. Melayu jer yang ada .. Redho jer laa kan. -Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli