Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Tip Bagaimana Untuk Dedahkan Minat Anak-Anak Dalam Bidang Hartanah

No Comment

Kanak-kanak memang gemar untuk mengikuti apa yang ibu bapa lakukan, dan ada masanya sifat ingin tahu mereka membuatkan mereka tidak kisah untuk mengikut ke mana sahaja ibu atau bapa membawa mereka. Mungkin ada di antara anak-anak yang telah didedahkan dengan persekitaran kerja ibu atau bapa mereka seaktu meraka masih kecil lagi.

Segala pembelajaran yang anak-anak lalui, sedikit sebanyak akan memberi kesan dalam kehidupan mereka, dan ianya juga akan membuatkan anak-anak lebih bersemangat dan mudah dalam penerimaan benda baharu.

Admin ingin kongsikan, bagaimana seorang gadis ini, boleh terdedah dengan kerjayanya sekarang, berkat dorongan dan pendedahan dari ibu bapanya sewaktu dirinya masih kecil lagi, mari kita tengok bagaimana pendedahan yang dilalui oleh saudari Ainal Maryam ini, jom kita baca.


TIPS PENDEDAHAN MINAT TERHADAP HARTANAH UNTUK ANAK-ANAK

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tidak dinafikan tanpa pendedahan ibu papa, saya tidak akan terfikir untuk menceburi bidang ini. Berikut adalah tips-tips yang dipraktikkan oleh mama & papa saya untuk mendedahkan saya dalam bidang hartanah pada usia yang sangat muda:

1. Pelajaran

Selain penekanan ilmu agama, Mama & Papa saya sentiasa menitik beratkan pelajaran anak mereka. Macam-macam mereka masukkan saya: drawing class, computer class, English class, speech class, tae kwan do, mengaji dan juga tuition. Mereka kalau boleh nak saya explore banyak bidang.

Pengajaran : Asah bakat anak dan bagi anak terdedah dengan dunia luar untuk build self esteem dan confidence. Bila anak interaksi dengan rakan sebayanya, secara tidak langsung mereka akan belajar soft and communication skills.

2. Persekitaran


Disebabkan jadual saya yang sangat padat dengan pelbagai kelas tersebut, saya hanya dapat pulang ke rumah pada pukul 10 malam, iaitu selepas habis tuition. Tempat transit saya antara sekolah rendah - sekolah agama - tuition adalah di pejabat mereka. Saya makan, mandi dan power nap di pejabat mereka.

Pengajaran : Saya didedahkan dengan persekitaran kerja di pejabat dan diasuh untuk tahan & bersabar dengan kepenatan.

3. Pendedahan

Papa dan Mama selalu membawa saya ikut mereka bekerja dan berjumpa pemaju / lawyers / bankers / clients. Selain itu, mereka selalu angkut saya pergi bank / pejabat pemaju / show gallery / launching event dan juga site office. Mama akan sediakan ’nenen’ (susu) supaya saya tidak merengek. Yea lah, masa zaman 90an mana ada iPad atau iPhone lagi.. hehe.

Pengajaran: Dari situ saya perhati cara mereka berintaksi dan negotiate. Dari sini lah saya didedahkan dengan terma-terma hartanah pada umur yang sangat muda.

4. Asah Pengetahuan Am

Papa suka berborak dengan saya topik yang sangat berat untuk saya hadam di waktu itu (9-15 tahun) iaitu topik ekonomi dan pembangunan. Masa tu rasa bosan yang teramat kena dengar ‘cerita’ Papa.

Pengajaran: Walaupun topik boring, bagus untuk general knowledge anak-anak. Sebagai tips, buka topic ni masa dalam kereta. Nak tak nak, anak ’terpaksa’ dengar. Hehe.

5. Money Management


Selain itu, Papa memang mengajar menabung dari kecil. Papa akan bagi allowance seminggu dan ajar set target berapa boleh belanja dan berapa untuk simpan. Akhir tahun, Mama bawak pergi bank untuk simpan duit. Mama akan tunjuk buku bank dan terangkan satu per satu duit yang ada dalam bank dan dividend yg dapat.

Pengajaran: Didik anak money management pada usia yang muda. Pengurusan kewangan sangatlah penting dalam property investment.

6. Time Management

Papa selalu suruh buat jadual harian yang komprehensif dan lekat dekat dinding untuk semua nampak. Masa tu rasa terkongkong sangat sebab hidup diatur setiap minit.

Pengajaran:
Dalam property industry, time management dan strategy adalah penting.

7. Property Investment - Rental

Papa dan Mama selalu bawak saya untuk bersih dan furnish kan rumah mereka yang untuk disewa. Dan apabila tenant nak masuk unit untuk disewakan itu, Papa & Mama bawa saya sekali.

Pengajaran : Belajar skill interior design. Selain itu mereka mengajar saya tentang investment in property untuk mendapat rental income. Mereka menerangkan kepada saya dengan bahasa yang senang untuk saya fahami. Kita (owner) kena bayar duit dekat bank sebab kita pinjam duit bank untuk beli rumah. Tapi bila ada tenant yang duduk rumah sewa tu, mereka yang tolong bayarkan untuk kita (owner).

8. Memperluaskan kosa kata hartanah

Bila jalan-jalan ke sebuah kejiranan, ajar anak jenis-jenis hartanah serta sifat mereka. Antara category adalah: jenis rumah / fasiliti / dll. Bila kita mengajar tentang jenis jenis hartanah, kosa kata anak-anak akan lagi luas.

i. Contoh jenis hartanah:

Bungalow, Semi-D, Corner Lot, End lot, Zero Lot, Town House, Terrace House, Service Residence, Office Tower, Duplex, Penthouse, Shopping Mall, dan lain-lain. Tapi ingat, terangkan dgn ayat paling simple. Contoh: Semi-D - rumah yang cantum di tengah.

ii. Contoh fasiliti:

Guard house, swimming pool, infinity pool, wadding pool, gym, jacuzzi, hammock, gazebo, dll.

iii. Lain-Lain

Cul de-sac, ingress, egress, living room, master bedroom, pantry, car porch, basement dll.


Sebagai konklusi, ibu bapa boleh menanam rasa minat terhadap hartanah sewaktu anak masih kecil. Paling penting, gunalah bahasa yang senang untuk anak kecil faham. Terapkan pendidikan tidak formal ini dalam suasana yang ceria, anak pun tidak akan perasan yang mereka sedang belajar.

Share jika anda rasa perkongsian saya ni saya ni dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Ianya boleh juga diterapkan kepada keseluruhan minat, tidak kiralah minat terhadap apa jua bidang. Ibu bapa memang memainkan peranan dalam pendedahan sesuatu perkara, namun penerimaaan anak terhadap sesuatu bidang tersebut mungkin juga berbeza, tiada paksaan dalam mendidik anak-anak, jika mereka minat apa yang kita berikan, sudah cukup memberi kepuasan kepada ibu dan bapa. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli