Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Jenis Kasut Bagi Lelaki Ini, Akan Membuatkan Sang Jejaka Kelihatan Lebih Maskulin Dan Budiman

No Comment

Dalam membuat pilihan untuk kelihatan kemas, banyak aspek perlu dititik beratkan, tidak kiralah dari segi penampilan wajah atau rambut, mahu pun dari segi kekemasan pemilihan baju atau seluar. Aspek-aspek ini menjadi tumpuan orang ramai apabila berhadapan dengan mereka.

Namun begitu, anda tidak harus lalai dalam memilih kasut yang dipadankan dengan gaya anda. Ianya juga penting dalam memberikan penampilan yang sempurna, juga membuatkan anda kelihatan lebih budiman.

Admin ingin kongsikan, 5 jenis kasut yang boleh membuatkan sang jejaka kelihatan lebih maskulin dan bergaya, hasil perkongsian dari seorang perunding imej, saudari Zalea Yusoff. Jom kita usha sikit.


Ini 5 JENIS KASUT LELAKI budiman harus miliki telah saya kongsikan. Tuan-tuan yang kacak bergaya boleh membacanya, klik ‘Like’ dan 'Share' untuk manfaat lelaki budiman di luar sana.


1. Oxfords

Lelaki kelihatan lebih tampan dan penuh kelelakian ketika mengenakan sepasang sut tradisional bersama tali leher dan menyarung sepasang Oxfords hitam klasik di kaki.

Ini penampilan sempurna seorang lelaki budiman yang harus dimiliki.

Memakai kasut Oxfords klasik sewaktu ke pejabat mahupun acara formal, semi-formal, minum petang mahupun bersantai, ia tetap menarik.

Sarungkan Oxfords klasik setelah memakai sepasang stokin bersih dengan warna bersesuaian berserta tali kasut yang baik dan sempurna.

Nah! sempurna sekali penampilan tuan-tuan. Inilah dikatakan keperibadian lelaki sejati.


2. Chukkas

But Chukkas terkenal dan sinonim dengan lambang kasualnya. Padankan ia dengan sepasang chinos atau jeans kegemaran Tuan-tuan. Kesannya wow!
Terdapat pelbagai jenis dan warna Chukkas boleh disuaipadankan dengan pakaian kasual Tuan-tuan yang budiman. Antaranya ialah coklat, hitam dan tan suede.

Tuan-tuan boleh sarungkan Chukkas ketika aktiviti mahupun acara santai bersama teman juga famili. Pasti kelihatan segak bergaya walau mendukung anak yang comel di lengan sasa. Cewah!


3. Dress Boots

But direka untuk memberi kehangatan kepada kaki ketika cuaca sejuk pada zaman dahulu. Diperbuat daripada kulit dan direka mengikut kesesuaian gaya hidup pada masa itu. Kebanyakan but yang dibuat adalah untuk kegiatan memburu atau aktiviti menunggang kuda.

Ada yang mengatakan but tidak sesuai dipakai pada majlis rasmi sebaliknya sesuai dipakai ketika melakukan kerja-kerja kasar di tapak pembinaan mahupun bertani.

Namun, kini ramai lelaki mula memakai but dan menjadikan ia sebahagian daripada pakaian kasual mereka. Melihatkan perkembangan terkini, ia menjadi satu pilihan bijak malah mampu dikenakan dengan sut mahupun pakaian kasual.

Terdapat pelbagai sebab lelaki suka memakai but. Antara yang utama ialah:-

+ Kalis air : ia mampu menahan kaki basah lencun

+ Ketahanan : mempunyai penebat tunggal dan dalaman yang berlapis jadi ia mampu tahan lama

+ Serba boleh : sesuai dikenakan dengan pakain formal, semi-formal mahupun kasual

+ Perlindungan : memberi kehangatan kepada kaki sewaktu cuaca sejuk (jika di luar negara-jalan berais)

+ Gaya : but yang pelbagai guna pada satu masa dahulu kini menjadi gaya terkini pilihan lelaki budiman

Walaupun Malaysia tiada musim sejuk seperti negara luar, namun Tuan-tuan masih boleh menyarungkan dress boots ini ketika hujan mahupun musim tengkujuh.

Ia berbaloi untuk dimiliki kerana mempunyai kedua-dua unsur daripada kasut Oxfords dan Chukkas. Selain bergaya dipakai, ia melindungi kaki para lelaki budiman sekalian.


4. Sneakers

Sejak kebelakangan ini sneakers telah menjadi trend dan pilihan sebagai kasut kasual. Ia menjadi pilihan ramai kerana jauh lebih selesa daripada kasut olahraga.
Terdapat banyak pilihan sama ada bertali, tanpa tali, bercorak, berwarna-warni mahupun polos untuk digayakan bersama jeans, khakis juga pakaian kasual lain.

Bagi lelaki budiman dan wanita anggun, sneakers menjadi pilihan dan sesuai dipakai seharian mahupun hujung minggu. Sesuai dipakai ketika keluar menghadiri acara sukan, minum petang yang santai atau barbeque di laman rumah.

Memiliki sepasang sneakers di dalam almari kasut kita adalah keputusan yang baik. Mudah bagi ibu-ibu berjalan bersama anak ketika membeli barangan rumah di pasaraya. Juga bergaya buat bapa-bapa mithali menemani anak di padang permainan.


5. Athletic Shoes

Sama ada para lelaki budiman bersenam mahupun tidak, setiap lelaki perlu memiliki sepasang kasut sukan yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti sukan mereka. Memiliki sepasung kasut sukan yang baik merupakan satu keperluan jangka panjang.

Kasut sukan disarungkan ketika melakukan aktiviti sukan. Berbeza sama sekali dengan sneakers yang lebih santai dipakai ke luar kota.

Ikat tali kasut sukan Tuan-tuan dengan kemas dan mari beriadah untuk kesihatan badan yang sempurna.

Selepas ini anda sudah boleh mula untuk mempunyai koleksi kasut yang baharu, mungkin sepasang untuk setiap satu jenis kasut yang ada. Bagi si gadis pula, sudah boleh jadikan kasut ini, sebagai hadiah buat sang jejaka, sama ada abang, ayah, atau pun buah hati. Jom kita bergaya sama-sama. - Siakap Keli

BACA: [Video] 5 Benda Ini Anda Perlu Ada Untuk Kelihatan Bergaya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli