Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman

Gambar Hiasan

Untuk solat wanita wajib pakai terlekung, itu adalah mentaliti kita ditanam sejak dulu lagi, bila nak solat harus bertelekung, sedangkan telekung itu bukan syarat sah solat.

Isu ini bukanlah, bahkan pernah terjadi melibatkan pendakwah terkenal di mana ada segelintir netizen mengecam tindakan isteri Ustaz Don yang solat sunat selepas akad nikah tanpa memakai telekung sehinggakan perlu diperjelaskan semula kepada golongan ini.

Menjadi viral sejak beberapa hari lalu keratan Twitter di mana twit berkenaan memberitahu isterinya telah ditegur oleh seorang jemaah perempuan kerana solat tanpa pakai telekung.

Apa yang lebih pelik sehinggakan ada seorang jemaah lain merakam tindakan isterinya itu bersolat tanpa terlekung.

Pelik sangatkah perbuatan ini? seorang wanita bernama turut Shahida Nashira Nashi  tampil menceritakan pengalamannya berdasarkan keratan Twitter berkenaan.

[PAKAI TELEKUNG DIK..]

Hurm..benda yang sama pernah ditanya kepada saya, masa tengah buat attachment 2 tahun lepas..

Identiti dan pekerjaan mak cik ni dirahsiakan tak mahu unintentionally jatuhkan mana2 pekerjaan..biasa org zaman sekarang laju je nk mngata org..

Mak cik : Adik mmg datang sorang ka? Dari university mana ni?

Me : University Iskandariah mesir..ye saya sorang je

Mak cik : Mai nak tanya sat, awat budak-budak mesir ni suka solat tak pakai telekung..banyak kali dah mak cik tegur suruh pakai tapi taknak pakai...tahulah tudung dah labuh, handsock stokin semua dah pakai..habih tu awat tak pakai telekung, mana sah solat gitu..

Me: telekung bukan rukun wajib atau sah solat pon mak cik, asalkn pakaian dah menutup aurat dan tidak jarang dah dikira sah untuk bwak solat, hatta pakai ketat pon bole di bawa solat cumanya..pakaian ketat tak boleh di bawa di luar solat,untuk mnjaga mata2 lelaki..

Mak cik : haish.. mana bole gitu,habih tu nanti mati..biaq pi dia pakai baju kurung tudung labuh tu, tak yah kapan pakai kain telekung dah..suami akak belajar agama kat mesir pon marah, dia pon kata... biaq depa mati pakai baju bunga-bunga tu..

Me : eeerrr..apa pulak la kaitan pakaian mati pulak ni ( dalam hati)

Mak cik : adik balik nanti tegur kawan-kawan jangan duk balik buat ajaran sendiri

Me : baik lah mak cik.. cuma nak kata, islam itu mudah, jangan pulak kita hadir utk memberat2kan.. dan mak cik tau x, kat mesir xde telekung tau, kira semua rakyat mesir xsah la solat dia ek?...terus melarikan diri...

Mak cik : * terpinga2*

Tulah minta, yang tak faham tanya..atau kalau rasa ilmu masih haus isikan dengan majlis ilmu..tak cakap saya pandai pon..sebab saya jugak seorang pelajar, cuma ilmu yang sikit mampu tampung persoalan mngenai ibadah, fekah dan tauhid, jadilah nak hidup..haha..jom belajar jangan malas yer..

Sah solat tak kalau tak pakai terlekung? ini jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman, yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

Apa kata beliau? jom kita baca


Seseorang wanita yang ingin mengerjakan solat, hendaklah mempastikan bahawa ia menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). 

Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: 

”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”. 

Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh). 

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: 

”Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. 

Jawab baginda Rasulullah: 

”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud). 

Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan , syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. 

Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah. 

Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya. Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai ’telekung sembahyang’. 

Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat. 

Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang’!.Shauqi Othman

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. rasa2 makcik yg tegur tu baca x apa yg ustaz ni sampaikan?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli