Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

WhatsApp Telah Sediakan Fungsi Tag Nama Rakan Dalam Mesej Berkumpulan

No Comment

Aplikasi media sosial telefon terkenal, WhatsApp telah memperkenalkan sokongan baru pada aplikasi mereka sejak beberapa hari lalu di dalam kemaskini bahrau, di mana mereka telah menambah fungsi baru iaitu tag nama 'mention' nama rakan untuk 'group' WhatsApp.

Fungsi baru berkenaan dilihat memudahkan mesej ditujukan kepada rakan yang diingini sama seperti Facebook, Twitter dan media sosial lain.

Dari pemerhatian dan percubaan admin, fungsi baru tag nama ini hanya berfungsi di dalam group WhatsApp sahaja, tidak berfungsi di dalam mesej persendirian peribadi.


Seperti tag nama pada aplikasi lain, anda hanya perlu taip  “@” dan ia akan menunjukkan nama pilihan anda, namun jika anda tidak menyimpan nama rakan anda, anda boleh melihat pilihan nombor telefon yang berada di dalam group berkenaan.

Apa yang menarik, walaupun group berkenaan anda telah mute, jika nama atau nombor telefon anda ditag, anda akan menerima notifikasi berbunyi di telefon anda, jadi ia memudahkan anda melihat jika ianya perkara penting atau ditujukan kepada anda.

Kepada sesiapa yang belum boleh guna fungsi baru ini, boleh kemaskini WhatsApp anda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli