Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wang Kertas $5 Australia Ini Akan Membuatkan Anda Merasa Seolah-Olah Dari Masa Hadapan Apabila Memegangnya

No Comment


Jika anda ingin ke Australia, salah satu perkara yang perlu anda wajib buat adalah memegang sendiri wang kertas $5 barunya.

Not $5 yang dihasilkan oleh Bank Australia itu menampilkan beberapa ciri unik dan berteknologi tinggi yang menjadikannya seolah-olah wang dari filem sci-fi.

Antara ciri yang paling menarik adalah ciri Tacticle yang khusus untuk kegunaan orang buta/kurang penglihatan untuk mengecam nilai wang itu.


Selain itu, beberapa ciri lain turut melengkapkan not $5 itu bagi menyukarkan proses pembuatan wang haram.

Menurut blog teknologi tempatan, Wisermy, antara beberapa ciri anti-pemalsuan yang diterapkan termasuklah nombor 5 yang boleh bertukar arah, efek 'ripple', bahagian tengah yang lutsinar, burung yang bergerak apabila wang itu digerakkan dan beberapa lagi ciri lain.


Bank Australia sememangnya terkenal sebagai bank yang sentiasa tampil dengan ciri inovatif di not wangnya.

Ingin tahu lebih lanjut? Lihat video ini


Sumber : Wisermy
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli