Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Pendedahan Media Indonesia, Anggota Dipercayai Lepaskan PATI Masuk Ke Perairan Negara Dikenal Pasti


TAWAU: Pihak Polis Di Raja Malaysia,(PDRM) telah mengenal pasti beberapa anggotanya yang didakwa menerima sogokan bagi melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki perairan Sabah eperti dilaporkan program televisyen TransMedia di Indonesia, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa juga pelanggaran integriti atau salah laku membabitkan mana-mana anggotanya.

"Kita sudah mengenal pasti anggota terbabit serta masih menjalankan siasatan terperinci. Sekiranya didapati benar dan ada pelanggaran integriti, maka tindakan keras akan diambil bagi memastikan setiap anggota yang menjalankan tugas penguatkuasaan mematuhi integriti polis.

"Polis telah membuka kertas siasatan termasuk mengenal pasti semua watak serta gambaran lokasi yang didakwa menjadi laluan tikus selain kenderaan digunakan seperti dipaparkan dalam video berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, sebentar tadi.

Sejak beberapa hari lalu, menjadi viral di laman sosial satu rakaman video yang dilakukan oleh seorang wartawan televisyen berita Indonesia di mana beliua telah menyamar menjadi PATI untuk memasuki negara ini.

Rakaman berkenaan mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan PATI mendarat di Tawau setiap hari dengan hanya bayaran RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini.

Katanya, pihaknya mengakui ada PATI yang masih lolos melalui laluan tikus dan laluan haram di sepanjang persisiran pantai dan perairan namun pelbagai usaha dan operasi bersepadu dijalankan untuk membanteras masalah berkenaan.

"Ini termasuk merobohkan penempatan haram di perkampungan air selain tangkapan dalam beberapa siri operasi bersepadu yang dibuat secara berterusan.

"Buktinya sepanjang tahun 2016, banyak tangkapan mengikut Akta Imigresen dilakukan hasil operasi bersepadu, selain program pengusiran balik PATI," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli