Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki ini Lakukan Eksperimen Dengan Menjatuhkan iPhone 7 Plus Dari Bangunan Tertinggi Dunia


Seorang Youtuber telah menjatuhkan sebuah iPhone 7 dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Pengendali akaun Youtube TechRax, mengambil keputusan untuk membuat 'eksperimen' tersebut dan memuat naik video di Youtube.

Menurut Wiser.my, klip video itu memperlihatkan krew TechRax yang berada di tingkat ke 148 Burj Khalifa  (828 meter) menjatuhkan iPhone 7 Plus menerusi ruang angin di bangunan tersebut.



Dan keputusannya seperti yang kita semua jangkakan. Telefon pintar itu langsung tidak dapat dikesan semula biarpun dengan bantuan iCloud. Dengan kata lain, iPhone 7 itu 100% rosak.


Bagaimanapun, experimen yang dilakukan oleh TechRax itu dipersoalkan orang ramai kerana boleh merisikokan nyawa orang lain.

"Bagaimana kalau iPhone itu terkena seseorang? Objek kecil dari ketinggian itu boleh jadi sangat merbahaya", tulis seorang pengguna Youtube.

Seorang lain berkata : "Kamu tahu tak kalau telefon itu terkena seseorang boleh menyebabkan kematian?".

Chanel TechRax sememangnya terkenal sebagai saluran yang suka memuat naik video merosakkan barangan Apple. Sebelum ini, mereka pernah merosakkan Apple Watch menggunakan magnets dan iPhone menggunakan krayon panas.

Sumber : Metro.co.ukWiser.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli