Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 2 Cedera Selepas Tayar Kereta Meletup Sebabkan Letupan 'Luar Biasa'

No Comment

China - Sebuah kereta SUV meletup selepas tayarnya meletup menyebabkan dua orang didalamnya cedera, lapor polis trafik China.

Namun, sesetengah netizen di China tidak berpuas hati dengan laporan tersebut dan percaya bahawa letupan itu berlaku disebabkan bom disebabkan letupan yang luar biasa.

Ramai blogger di China mencadangkan kejadian itu berlaku disebabkan bome di dalam kenderaan itu.

Dalam insiden yang berlaku di Sanhe, Hebei pada 30 Ogos itu, kenderaan jenis Range Rover berkenaan dilihat memecut laju sejurus lampu isyarat bertukar hijau.

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba berlaku letupan yang agak kuat yang menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan seterusnya menyebabkan dua orang di dalamnya cedera.

Letupan itu menyebabkan serpihan-serpihan dari kenderaan itu bertaburan dan asap tebal.


Polis pada mulanya tidak percaya bahawa letupan itu disebabkan oleh tayar meletup, namun hasil siasatan mendapati tiada kesan bahan letupan ditemui pada kenderaan terbabit.

Selain itu, casisnya masih lagi utuh membuatkan pihak polis mengetepikan punca letupan itu dari bom.

Bagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan penemuan polis itu.

Satu pengguna Weibo berkata dia telah membawa trak kargo berpuluh-puluh tahun dan sudah melihat banyak tayar meletup. Tapi satu pun tidak menyamai letupan dalam kejadian itu.

Lihat sendiri video kejadian tersebut :



Pemilik kereta Range Rover itu memberitahu media bahawa letupan itu mungkin berpunca dari memecut terlalu laju, yang menyebabkan tayar hadapan di sebelah kiri meletup. - Siakapkeli.my

Sumber : scmp
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli