Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Domino's Pizza Siasat Pekerja Buat Aksi 'Wheelie'

No Comment

London, 19 Sep - Domino's Pizza telah melancarkan satu siasatan selepas satu video yang merakam aksi seorang pekerja penghantarannya membuat aksi wheelie di jalan raya.

Video yang dirakam di jalan Clapham Highg Street di selatan London itu dimuat naik ke internet, yang mana aksi itu menimbulkan tanda tanya pengguna twitter : "Bagaimana agaknya keadaan pizza di dalam kotak itu".

Seorang jurucakap syarikat terbabit menyifatkan tindakan penghantar pizza itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Keselamatan awam dan rakan kerja kami adalah perkara paling penting dan aksi ini langsung tidak boleh diterima sama sekali

"Kami telah lancarkan satu siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan mengambil tindakan lanjut", kata jurucakap itu.

Rakaman insiden yang berdurasi 10 saat itu merakamkan penghantar pizza terbabit melakukan aksi wheelie dengan berlatar belakangkan sorakan, yang kemudian bertukar gelak ketawa selepas dia terjatuh dari motornya.

Sumber : Sky
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli