Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UNESCO tarik balik anugerah kepada Permata, lapor Portal NYT



PETALING JAYA 19 Sep:  Satu anugerah oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengiktiraf program Permata dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah ditarik balik, lapor portal The New York Times.

The New York Times melaporkan satu laporan dari Tudor Parfitt pada Ahad telah mengesahkan anugerah itu telah ditarik balik.

Kenyataan itu berkata, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana Permata dan biarpun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan tersebut.

Acara itu sepatutnya diadakan di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO.

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini.

Pengiktirafan itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

Sumber : NYT
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli