Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Umur Dia 25 Tahun, Kerja Polis Simpanan Di Salah Sebuah Institusi Perbankan...Tapi.." - Coretan Seorang Kenalan

No Comment


Untuk memiliki sebuah rumah, bukannya mudah, selalunya pabila kita sudah berkhidmat lama dalam sesuatu pekerjaan, dan mempunyai simpanan yang kukuh, barulah dapat untuk membeli sebuah rumah. Ianya memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi dalam memastikan gaji yang diperolehi, tidak dibelanjakan sepenuhnya, tetapi dijadikan modal simpanan untuk pembiayaan rumah kelak.

Jarang dilihat, anak muda untuk membeli atau memiliki rumah mereka sendiri, lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang. Ramai di antara kita, akan membeli rumah apabila sudah berkahwin, ini mungkin kerana mereka dapat 'combine income' bagi memudahkan proses permohonan pinjaman perumahan.

Namun begitu, terdapat segelintir anak muda, yang telah pun memiliki aset ini. Admin ingin kongsikan penulisan dari saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi akan seorang pemuda yang ingin membeli rumah dalam usia yang masih muda, perkongsian ini mungkin akan membuka mata kita dalam meletakkan azam untuk memiliki rumah sebagai keutamaan.


ANAK MUDA BERWAWASAN


Baru sebentar tadi saya jumpa seorang anak muda. Dia jumpa saya sebab nak beli rumah yang saya jv dengan kenalan saya. Murah ja saya jual, yang pasti tak lebih nilai pasaran.

Semalam bertubi2 dia cuba call saya, mesej pun sama. Sungguh2 benar sebab memang dia nak grab rumah saya, takut terlepas kat tangan orang lain pula. Saya korek cerita dia sebab nampak muda macam budak2 lagi tapi serius gila nak beli rumah.

Umur dia 25 tahun. Kerja polis simpanan di salah sebuah institusi perbankan. Gaji katanya tak banyak mana pun kalau banding dengan peningkatan kos sara hidup.

Masih bujang. Pehh. Jarang anak bujang muda beli rumah pertama dengan segera. Katanya memang plan beli rumah sebelum kahwin tahun depan. Nanti nak duduk rumah sama2 dengan isteri. Romantik, kan? Gegadis takyah ngengada, dia dah berpunya. Haha.

Saja tanya tentang kewangan dia. Simpanan ada lebih 5,000 manakala KWSP akaun 2 sahaja cecah 10,000. Cukup banyak juga tu kalau tengok pada usia. Kagum tak?

Kereta? Pun ada dengan sedikit bayaran ansuran bulanan kat bank. Tapi pergi kerja naik motor. Geran motor nama dia dan dia pegang sendiri (takde hutang).

Tanya pula tentang home loan. Untungnya dia boleh guna loan 100% dengan profit rate sangat minima. Kalah rate gov loan weh. Bijak dia ambil peluang guna kelayakan dan keistimewaan yang ada untuk grab rumah pertama dengan segera. Ye la, bukannya kita boleh tau bila peluang tu tiba2 ditarik balik, kan.

Saya buat kira-kira untuk dia.
*Booking 1,000
*Loan lulus, tambah baki deposit 3%
*Saya bagi chance keluarkan kwsp untuk 7%
*Tunggu disburse loan 90%
*Lepas loan disburse (MOF 100%), dia dapat semula cashback 10% - belas ribu juga tu.


Saya pesan siap2 supaya jangan joli dan jangan buat personal loan. Rolling duit tu untuk rumah berikutnya. Atau paling busuk masukkan kat tabung haji atau ASB. Saya bagitau juga tool lain iaitu ASB Financing. Saja trigger mind dia, kalau sangat berwawasan konpem dia cari ilmu selanjutnya.

So, saya tunggu keputusan loan dia. Saya takdela nak kisah sangat kalau loan lepas ke tak sebab saya dah cukup teruja tengok semangat dia. Moga impiannya untuk miliki rumah pertama terlaksana. Amiin.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli